Candy Crush Saga telah mencecah 10 tahun dan merupakan salah satu game kasual paling popular di dunia. Sempena ulang tahun game ini, King, pembangun Candy Crush Saga telah menjanjikan ciri perayaan dan kemas kini termasuk audio baru yang ditambah. Siapa sangka, walaupun selepas 10 tahun sejak dikeluarkan , game puzzle yang bertemakan gula-gula ini masih menjadi pilihan orang ramai.

King pada awalnya hanyalah pembangun game web tetapi selepas kejayaan besar Candy Crush Saga, mereka beralih kepada pembangunan game mobile dan pada tahun 2016, King telah dimiliki oleh Activision Blizzard.
Candy Crush Saga merupakan game King paling popular dan merupakan pengganti kepada dua game puzzle match-3 iaitu Bubble Saga dan Bubble Witch Saga. Sejak dikeluarkan pada 2012, game ini telah berkembang menjadi francais dan telah mendapat dua sekuel, Candy Crush Soda Saga dan Candy Crush Friends Saga.
Untuk meraikan perjalanan 10 tahun Candy Crush Saga, King telah menambah ciri baru dalam game ini iaitu 12 trek audio baru. Audio tersebut telah dicipta dengan bantuan orkestra secara langsung dan dirakam di Abbey Road Studios di London, studio terkenal yang pernah merakam The Beatles. Pemain boleh mengetahui ciri-ciri lain apabila mereka log masuk ke dalam game.
Sepanjang game ini dikeluarkan, mereka telah memperoleh lebih daripada 3 bilion muat turun. Ini menjadikannya game kasual yang paling banyak dimuat turun sepanjang masa dan kini sedang bersaing untuk gelaran game mobile paling banyak dimuat turun. Pada Ogos 2022, Candy Crush Saga adalah game mobile keempat paling banyak dimuat turun.

Walaupun berbilion-bilion muat turun telah berlaku dalam tempoh masa yang lama, komuniti Candy Crush Saga masih sangat aktif. Menurut King, ratusan juta pemain bermain Candy Crush Saga di seluruh dunia. Dengan 200 juta pengguna bulanan, game ini telah dimainkan di setiap benua dan terus menjadi antara game dengan kutipan tertinggi.
Candy Crush Saga tersedia untuk peranti mobile iOS dan Android.
Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post