Hari ini, Activision dan Infinity Ward telah mengumumkan Call of Duty: Modern Warfare 3, entri terbaru dalam francais first-person shooter popular CoD yang bakal dilancarkan pada 10 November. Sempena pengumuman ini, mereka telah mengeluarkan video teaser yang anda boleh tonton di bawah:
Daripada apa yang saya faham, ini adalah entri ketiga dalam trilogi reboot Modern Warfare. Kita dapat Modern Warfare 1 pada 2019, diikuti oleh Modern Warfare 2 pada tahun 2022.
Malangnya, Activision belum mengumumkan platform rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 3, tetapi kemungkinan besar game ini akan datang ke platform yang sama seperti Modern Warfare 2 iaitu: PlayStation 4, PlayStation 5, Windows PC, Xbox One dan Xbox Series X.

Selain daripada tarikh pelancaran, info lain termasuk naratif jalan cerita dan ciri-ciri gameplay baru tidak didedahkan. Walaupun begitu, beberapa pembocor maklumat terkenal telah mendedahkan ciri-ciri yang kemungkinan besar akan ditambah ke dalam game.
Menurut Charlie Intel, Modern Warfare 3 akan menampilkan peta remaster daripada game lama CoD termasuk Scrapyard dan Terminal. Kedua, Modern Warfare 3 mungkin akan menampilkan mode Zombie. Beberapa sumber menggambarkan mod itu sebagai “Outbreak 2.0. Outbreak pertama kali muncul dalam Black Ops Cold War, dan membawa mode Zombie ke latar open-world buat kali pertama.

Selain itu, Ninja Perk dikatakan akan membuat muncul semula dalam Modern Warfare 3, disertai dengan sistem Gear baharu yang menawarkan kaedah baharu untuk pemain memilih Perk mereka. Sistem Gear baharu ini membolehkan pemain memilih bahagian Gear berbeza seperti Vest dan Glove, yang akan berfungsi sebagai Perk mereka, lantas menggantikan sistem Perk klasik di mana pemain perlu memilih 3 Perk berbeza untuk slot berbeza.
Buat masa ini, itu sahaja info yang saya boleh kongsikan. Sekali lagi saya ingatkan, Call of Duty: Modern Warfare 3 akan datang pada 10 November. Untuk membaca segala liputan kami tentang siri Call of Duty, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post