Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered rasmi diumumkan hari ini! Selamat berperang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered rasmi diumumkan hari ini! Selamat berperang!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision akhirnya mengumumkan Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered hari ini selepas berbulan-bulan spekulasi. Game ini didedahkan dengan trailer rasmi yang menampilkan grafik dan penampilan baru watak-watak ikonik yang dikemas kini. Dapatkan game ini dahulu di PlayStation Store pada harga RM117 dan pra-bayar untuk dapatkannya di platform lain.

“Dulu dibangunkan oleh Infinity Ward, dan kini direka semula oleh Beenox, Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered memberi pengalaman penuh jalan cerita dengan visual definisi tinggi dan kecanggihan audio terkini,” Activision mengumumkan. “Sama ada anda pernah alaminya pada tahun 2009 atau masih belum memainkan kempen ikonik ini, ia adalah satu pengalaman yang dikatakan oleh para pengkritik sebagai salah satu kempen cerita paling menakjubkan dan luar biasa.” – Activision

Sama seperti maklumat bocor semalam, Modern Warfare 2 Campaign Remastered dan game Modern Warfare yang baru mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pemain yang membeli Modern Warfare 2 Campaign Remastered akan mendapat pakej bundle untuk Modern Warfare dan ganjaran battle pass progression di Modern Warfare dan Warzone.

Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered kini tersedia untuk PlayStation 4 dan boleh di pra-beli untuk platform lain. Pemain yang membeli juga akan menerima Underwater Demo Team Classic Ghost Bundle termasuk skin operator UDT Ghost. Selain itu, pemain juga akan menerima dua weapon blueprint, satu weapon charm, finishing move baru, voice quip, animated calling card, emblem dan dua Battle Pass tier skip untuk akses di Call of Duty: Modern Warfare dan Call of Duty: Warzone.

KLIK DI SINI UNTUK PS4
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ActivisionCall Of DutyCall of Duty: Modern Warfare 2 Campaign RemasteredModern WarfareWarzone
Previous Post

Review si tetikus comel Razer Viper Mini yang hebat dan berbaloi!

Next Post

Pre-Register game mobile terbaru “Mass for the Dead” dari Crunchyroll Games dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Pre-Register game mobile terbaru “Mass for the Dead” dari Crunchyroll Games dibuka!

Pre-Register game mobile terbaru “Mass for the Dead” dari Crunchyroll Games dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd