Isu mengenai Call of Duty yang telah berbulan-bulan lamanya akhirnya mendapat penamatnya. Buat anda yang tidak tahu, Microsoft telah membeli Activision Blizzard yang merupakan syarikat pembangun game Call of Duty. Memandangkan game Call of Duty antara game shooter yang popular di PlayStation bertahun lamanya, maka timbullah isu jika game tersebut masih boleh lancar di PlayStation atau tidak.

Agak lama juga isu ini “digaduhkan” dan nampaknya kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menandatangan perjanjian rasmi, di mana Call of Duty akan kekal di PlayStation. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Phil Spencer, CEO kepada Microsoft Gaming.
“Kami telah menandatangani perjanjian untuk mengekalkan Call of Duty di PlayStation berikutan pemerolehan Activision Blizzard. Kami menantikan masa depan di mana pemain di seluruh dunia mempunyai lebih banyak pilihan untuk bermain game kegemaran mereka.” kata Phil Spencer.

President Microsoft, Brad Smith turut menambah “Mulai Hari Pertama pemerolehan ini, kami komited untuk menangani kebimbangan pengawal selia, platform dan pembangun game serta pengguna. Walaupun selepas kami melepasi garisan penamat untuk kelulusan perjanjian ini, kami akan kekal fokus pada memastikan bahawa Call of Duty kekal tersedia pada lebih banyak platform dan untuk lebih ramai pengguna berbanding sebelum ini.”
Tidak banyak yang telah didedahkan tentang perjanjian tersebut, tetapi melalui The Verge, game Call of Duty akan kekal di PlayStation selama 10 tahun. Bukan setakat itu sahaja, perjanjian yang dihasilkan hanya untuk tajuk Call of Duty, tidak termasuk dengan game Activision Blizzard yang lain. Jadi kita perlu tunggu berita lanjut mengenainya nanti.
Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita terkini tentang dunia game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post