Tidak lama lagi Call of Duty akan diserang oleh Godzilla dan raksasa lain yang akan membuat penampilan kali pertamanya di dalam game ini. Musim baharu Call of Duty: Warzone dan Call of Duty: Vanguard akan bermula pada 27 April 2022.
Sebelum ini, terdapat kebocoran yang menyatakan bahawa Godzilla dan King Kong akan muncul dalam Call of Duty tetapi ramai yang beranggapan mengatakan ianya tidak benar. Apabila Call of Duty telah mengeluarkan trailer terbaru hari ini, nampaknya Godzilla akan muncul dalam game ini tidak lama lagi.
Secara lebih Call of Duty telah mengeluarkan trailer terbaru untuk Warzone dan Vanguard bagi musim yang akan datang di Twitter mereka. Dalam trailer tersebut, mereka menunjukkan bahawa Nazi telah membangunkan seekor raksasa iaitu Godzilla yang ngaumannya boleh didengari di penghujung trailer. Trailer ini disusuli dengan klip audio yang pendek menunjukkan ngauman Godzilla.
Menurut pengguna Twitter @HeckinBrandon,
Saya menyemaknya audio ini di Audacity, kelihatan seperti tertulis “Raksasa adalah benar”
Nampaknya kemunculan raksasa ini semakin hampir, kerana musim baharu akan bermula pada 27 April. Kita berkemungkinan akan mendapatkan butiran lanjut lebih dekat dengan keluaran musim baharu, tetapi sesuatu yang besar jelas akan tiba tidak lama lagi.
Khabar angin sebelum ini menunjukkan bahawa ia akan menjadi acara yang berskala besar, dengan raksasa menguasai pulau Pasifik di Warzone. Godzilla dan banyak lagi raksasa yang berasaskan Jepun akan muncul.

Pada tahun lalu, mereka mengambil estetika tahun 80-an dengan menampilkan watak seperti John Rambo dalam game ini. Nakatomi Plaza dari Die Hard juga ditambah di bandar Verdansk. Tidak lama lagi, raksasa pula yang akan muncul di dalam Call of Duty.
Jadi apa pendapat korang tentang Godzilla yang akan muncul dalam Call of Duty? Boleh kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post