Dengan pelancaran Star Wars Jedi: Survivor tidak lama lagi, EA bersama Respawn Entertainment telah mengeluarkan trailer baharu dengan menceritakan serba sedikit tentang plot game ini.

Di dalam trailer terbaru ini, kita boleh lihat dengan kembalinya beberapa watak dari game pertamanya sebelum ini seperti Merrin dan Greez Ditzus. Terdapat juga beberapa watak baharu yang muncul sebagai peneman Cal Kestis sepanjang pengembaraannya untuk mencari satu tempat perlindungan yang jauh dari di kesan oleh Empire.

Bersama dengan trailer ini, mereka juga mendedahkan beberapa segi penambahan yang boleh digunakan sepanjang game. Terdapat beberapa kebolehan Force baharu dan beberapa serangan kombo lightsaber. Selain itu, terdapat juga beberapa teka-teki yang patut diselesaikan untuk terus maju dalam pengembaraan Star Wars Jedi: Survivor.

Bagi sesiapa yang masih tidak tahu, Star Wars Jedi: Survivor adalah sebuah game action-adventure yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dengan kerjasama Lucasfilm Games. Ia kini dijadualkan akan keluar pada 28 April 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Berikut adalah sinopsis ringkas apa yang bakal berlaku sepanjang pengembaraan Cal dalam sekuel ini.
Game single-player yang didorong oleh naratif ini menceritakan 5 tahun selepas peristiwa Star Wars Jedi: Fallen Order dan mengikuti perjuangan Cal yang semakin terdesak ketika galaksi turun lebih jauh ke dalam kegelapan.
Didorong ke hujung galaksi oleh Empire, Cal mendapati dirinya dikelilingi oleh ancaman baru dan biasa lihat. Sebagai salah satu daripada Jedi Knights terakhir yang masih hidup, Cal didorong untuk bertahan di zaman paling gelap dalam galaksi – tetapi sejauh mana dia sanggup pergi untuk melindungi dirinya, krewnya dan legasi Jedi Order?
Dengan melihat perkara tersebut ditambah dalam sekuel terbaru ini, sudah pasti ramai peminat termasuk saya sangat teruja melihatnya dan tidak sabar untuk bermain nanti. Apapun, ada lagi berbaki lebih kurang sebulan untuk game ini dilancarkan. Harap tiada lagi penangguhan selepas ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post