
BANDAI NAMCO Entertainment Asia dan Supermassive Games telah mengumumkan siri keempat dan musim pertama akhir untuk The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me.
Kru filem dokumentari telah menerima jemputan misteri ke replika ‘Murder Castle’ oleh H.H. Holmes, seorang pembunuh bersiri pertama Amerika. Lama kelamaan, mereka mendapati bahawa mereka sedang diperhatikan, dan terdapat lebih banyak perkara yang akan dipertaruhkan …
Meneroka di dalam antologi yang lebih kejam dan menyeramkan, di mana setiap pilihan anda sekali lagi menentukan siapa yang hidup dan siapa yang mati. Lebih dahsyat, apabila anak kapal anda yang malang menjadi mangsa twisted host yang memerhati setiap pergerakan dan gerak geri mereka.
Kami harap anda menikmati penginapan anda. . .
Masuk dan menghayati kunci kepada ‘Murder Castle’ dengan menyaksikan trailer di bawah:
Sedikit info mengenai siri ini, ianya merupakan permainan seram sinematik yang berkonsepkan stand-alone, permainan seram sinematik bercabang dan direka untuk memberikan pengalaman baru yang menakutkan. Setiap siri permainan ini tidak bersambung malah akan menampilkan cerita baharu, latar dan pelakon watak baharu. Alami detik-detik ketegangan dan ketakutan secara bersendirian dalam mod pemain tunggal, dan juga boleh bermain bersama rakan anda melalui 2 pemain (shared story) atau sehingga 5 pemain dalam mod couch-friendly movie night.
The Devil in Me belum mempunyai tarikh keluaran lagi, tetapi berdasarkan keluaran lepas, ada kemungkinan besar ianya boleh didapati pada musim halloween tahun depan, iaitu sekitar Oktober 2022.
Semasa menunggu The Devil in Me keluar, anda boleh melangan dan bermain Halloween spirit with The Dark Pictures Anthology’s previous stories: Man of Medan, Little Hope, dan game keluaran terbaru House of Ashes. Anda boleh melihat ulasan kami tentang House of Ashes dalam page kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post