Bersiaplah untuk memburu Raja Langit dengan Secretlab TITAN Evo Monster Hunter Edition, ditempa dari api Smithy. Direka khas dengan kerjasama Capcom, pemaju permainan legenda. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bahagian terakhir dari set armor Rathalos anda.
Kolaborasi merupakan perkara biasa dalam dunia gaming dan Secretlab tentunya tidak asing dengan reka bentuk uniknya. Syarikat kerusi gaming ini telah melancarkan satu lagi produk kolaborasi baru yang diilhamkan oleh Rathalos dari permainan terkenal Monster Hunter. Dengan Monster Hunter Rise yang akan dilancarkan ke PC pada tahun 2022, kita akan dapat memburu raksasa kembali. Sehingga itu, anda mungkin dapat memenuhi keperluan anda dengan penampilan kerusi gaming Secretlab Titan Evo 2022 Monster Hunter Edition yang baru.

Kerusi ini dihiasi dengan ikonografi wyvern ikonik siri ini iaitu Rathalos. Ia merupakan kerusi gaming pertama yang diilhamkan oleh Monster Hunter di dunia. Ia juga dilengkapi dengan semua ciri premium yang anda harapkan dari tempat duduk Secretlab, termasuk armrest full-metal 4D dan lumbar support system L-Adapt empat arah. Jadi anda akan mendapat sokongan penuh dari kerusi itu dan menjadikannya sebuah kerusi gaming terbaik di sekitar anda.
Sekiranya anda masih tidak yakin dengan sokongan penuh itu, anda boleh lihat tengkorak Rathalos berwarna merah yang terpampang di bahagian belakang kerusi, yang dapat membuatkan raksasa lain takut semasa anda tengah mengutip barang rampasan terbaru. Sisik merah yang dibuat menggunakan kulit-kulit khas melapisi sayap kerusi dan talon racun Rathalos boleh dijumpai di sepanjang badan dan base kerusi ini. Titan Evo 2022 juga mempunyai recline 165 darjah dan dilengkapi bantal kepala yang menggunakan magnetic memory foam untuk anda gunakan setelah penat memburu.

Jadi, sementara menunggu versi PC Monster Hunter Rise dan kerusi baru ini, anda boleh membaca review kami tentang Monster Hunter Rise dan Monster Hunter Stories 2. Kedua-dua permainan ini merupakan permainan aksi RPG terbaik untuk dimainkan bersama-sama rakan anda.
Anda boleh mendapatkan kerusi ini di laman web rasmi Secretlab di sini. Anda akan dapat segala maklumat mengenai kerusi gaming Secretlab Titan Evo 2022 Monster Hunter Edition dan produk lain Secretlab di laman web tersebut.
Sumber: pcgamesn
@gamersantaimy
Discussion about this post