Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play] Bunuh secara VR di Hitman 3! Trilogi World of Assassination diteruskan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, PC, PS4, PS5, VR, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[State of Play] Bunuh secara VR di Hitman 3! Trilogi World of Assassination diteruskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mereka yang ingin menjiwai persona Agent 47 dengan lebih mendalam, trilogi “World of Assassination” yang merangkumi cerita episodik untuk reboot Hitman (2016) hingga Hitman 3 akan datang (2021) boleh dimainkan menggunakan PlayStation VR.

Io Interactive dan Sony mengumumkan versi VR ini semasa acara State of Play yang berlangsung pagi tadi dan menunjukkan trailer di atas yang menampilkan Agent 47 mengejar mangsanya, daripada perspektif first-person, di dalam sebuah bar hotel mewah di Dubai.

World of Assassination tampil di Hitman 2 (2018), yang memperkenalkan semula misi di enam lokasi berbeza dalam reboot Hitman pertama dengan sistem kemajuan baru, senjata baru, tahap kesukaran baru dan AI musuh yang lebih pandai. World of Assassination juga mempunyai beberapa misi baru di Hitman 2, dan sekali lagi ia menjadi antara penambahan menarik untuk Hitman 3 apabila ia dilancarkan pada Januari 2021.

Hitman 3 akan membawa pemain ke lokasi-lokasi eksotik di seluruh dunia. Matlamat utama anda adalah untuk meneroka tempat-tempat ini dengan teliti dan merancang bagaimana untuk membunuh sasaran anda. Pemain memiliki kebebasan sepenuhnya untuk menyamar, mencipta “kemalangan”, berinteraksi dengan watak lain dan menyorok di kalangan orang ramai untuk menjalankan rancangan.

Setiap peminat Hitman pasti tahu yang permainan ini dibina untuk tahap “replayability” dan kebebasan yang tinggi kepada pemain agar mendorong mereka untuk meneroka dan berinteraksi dengan dunia untuk jumpa cara baru yang boleh digunakan dalam sesi permainan seterusnya.

Hitman 3 didedahkan secara rasmi di acara dalam talian Sony pada bulan Jun lalu dan akan dilancarkan di Google Stadia, Windows PC, Xbox One, dan Xbox Series X di samping PlayStation 4 dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Agent 47Hitman 3PlayStation VRvrWorld of Assassination
Previous Post

[State of Play] Hood: Outlaws & Legends gambarkan semula legenda Robin Hood di PS5

Next Post

[State of Play] Vader Immortal: A Star Wars VR series akan datang ke PSVR

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[State of Play] Vader Immortal: A Star Wars VR series akan datang ke PSVR

[State of Play] Vader Immortal: A Star Wars VR series akan datang ke PSVR

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd