Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Buntut terlalu leper, susah nak lenyek musuh” – Rekaan Mario Movie dikecam netizen

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
“Buntut terlalu leper, susah nak lenyek musuh” – Rekaan Mario Movie dikecam netizen
Share on FacebookShare on Twitter

Poster pertama untuk filem Super Mario Bros oleh Illumination Entertainment telah didedahkan dan nampaknya menimbulkan banyak kekecohan di kalangan peminat. Walaupun rupa poster sangat menakjubkan, netizen telah mengesan satu kekurangan iaitu buntut Mario yang dikatakan “terlalu leper.”

Berikut adalah poster tersebut:

Kita mulakan dengan komen-komen indah dahulu.

Mario terletak di bahagian bawah poster dan dikelilingi oleh Toads. Keseluruhan poster bertekstur ringan sambil mengekalkan reka bentuk jelas dan berwarna-warni yang membuatkan francais ini sangat popular. Di sini, Mario sedang melihat gunung yang dilitupi paip berwarna warni di mana istana Princess Peach terletak di bahagian atas sekali.

Sekarang kita teruskan ke komen-komen negatif.

Di seluruh media sosial, ramai peminat Nintendo mengadu tentang buntut Mario yang nampaknya terlalu “leper” atau “rata”. Kerana itu, banyak tweet-tweet lucu tentang reka bentuk poster itu dibincangkan termasuk bagaimana ia menyukarkan Mario untuk mengalahkan musuh.

Bak kata seorang netizen, keputusan untuk “membuang” punggung Mario tidak masuk akal kerana dia sering perlu melompat untuk mengalahkan musuh. Senang cerita, buntut Mario merupakan antara aset terpenting bagi watak itu.

Di bawah adalah tweet-tweet lucu oleh netizen lain:

Where's Mario's butt? He can't kill Goombas with that! https://t.co/fa4VyGQVXh

— Ashley🎨📝 (@ashley_actually) October 4, 2022
https://twitter.com/xwilkmanx/status/1577376822181826560
https://twitter.com/dvmifivnd/status/1577299762021384192

Dalam dua hari lagi, teaser trailer pertama untuk Super Mario Bros Movie akan ditayangkan. Teaser ini akan debut di NYCC pada hari Jumaat jam 4 pagi, manakala acara Nintendo Direct tentang movie itu akan bermula sejurus selepasnya.

Buat masa ini, Super Mario Movie dijangka akan keluar pada 7 April – jadi masih ada baki beberapa bulan. Malangnya, tarikh tayangan di Malaysia masih belum diumumkan. Untuk membaca segala liputan kami tentang Mario, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiMarioMario Movie
Previous Post

Shin Ultraman Tiba Di Pawagam! Ini Fakta Menarik Tentang Filem Tersebut!

Next Post

Rayquaza dipilih sebagai Legendary Pokemon terbaik, kalahkan Mewtwo!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Rayquaza dipilih sebagai Legendary Pokemon terbaik, kalahkan Mewtwo!

Rayquaza dipilih sebagai Legendary Pokemon terbaik, kalahkan Mewtwo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd