Baru semalam kami kongsikan bahawa Marvel’s Avengers yang berada di GameStart 2019 dan dapat dimainkan pertama kali untuk peminat di Asia Tenggara, nampaknya franchise Marvel masih belum berdiam diri dengan satu posting perkongsian di Facebook bahawa Marvel Super War juga akan memberi peminat mencuba sendiri permainan terbaru ini di GameStart 2019!
https://www.facebook.com/MarvelSuperWar/photos/a.596610747513806/679585692549644/
MARVEL Super War merupakan sebuah permainan moba dan mempunyai kesemua ‘Super Heroes’ dan ‘Super Villains’ dari seluruh Marvel Universe dan bakal menjadi satu pertempuran besar. Dari Avengers kemudian X-Men, Guardian of the Galaxy dan Spider-Man, para pemain boleh mengambil beberapa watak kegemaran mereka langsung ke pertempuran, menggunakan kebolehan hebat mereka untuk mewujudkan momen epik di medan perang.
Mereka juga telah membuka ujian beta Mei lalu dan berakhir pada bulan Jun. Kebanyakan maklum balas penguji beta kesemuanya positif dan menyatakan ianya permainan yang menarik.
Jadi jangan lupa temu janji kita, ajak anak-anak, kawan-kawan dan serang Suntec Convention Centre Halls 401-403 Singapura pada 12 dan 13 Oktober ini cari booth MH05 untuk mencuba sendiri permainan mobile MARVEL Super War ini okay! Jangan lupa dapatkan tiket anda dilaman web rasmi GameStart!
@gamersantaimy
Discussion about this post