Game aksi first-person, Bright Memory: Infinite akan dilancarkan ke konsol PS5, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch setelah sekian lama tersedia di PC. Ianya akan tersedia bermula 21 Julai ini. Bukan setakat itu sahaja, terdapat edisi khas yang tersedia untuk platform PlayStation dan Switch iaitu Bright Memory: Infinite Gold Edition.
Versi konsol untuk Bright Memory: Infinite ini akan menyokong raytracing dengan refleksi pada 60 fps dan 120 fps pada mode performance. Pemain PS5 juga akan memanfaatkan fungsi adaptive trigger sepenuhnya pada DualSense. Setiap edisi konsol untuk game ini akan datang dengan semua DLC kosmetik daripada versi PC berserta base game. Bukan setakat itu sahaja, pemain Xbox juga boleh mendapatkan bonus khas iaitu lima skin senjata eksklusif.
Untuk anda yang tidak tahu, Bright Memory: Infinite pertama kali dilancarkan pada 2021. Ia menggabungkan FPS dengan pertarungan pedang seperti game hack n slash. Bukan setakat itu sahaja, pemain juga boleh melakukan kombo hebat daripada pelbagai serangan tersedia. Musuh anda bukanlah manusia biasa, tetapi mereka adalah askar hebat serta raksasa daripada mitologi Cina purba. Dengan membuka kebolehan baru daripada skill tree, anda akan didedahkan dengan pelbagai upgrade dan kuasa baru.

Terokai dan bongkar rahsia disebalik lohong hitam yang dibuka semasa sambutan tahun baru cina sebagai ejen khas, Shelia. Dia telah bersiap sedia untuk membongkar rahsia fenomena ini serta raksasa yang muncul daripadanya. Disebalik kekocohan serta huru-hara yang berlaku akibat pertembungan dua dunia ini, terdapat seorang lelaki bertopeng misteri yang melihat segalanya berlaku.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post