Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Remastered, RPG
0 0
0
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix baru-baru ini mendedahkan pelbagai butiran baharu untuk Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster, yang akan dilancarkan untuk Nintendo Switch 2 pada 5 Jun nanti.

RPG klasik di-remastered ini, yang membuka tirai siri Bravely dan turut menjadi inspirasi kepada Octopath Traveler, membawa semula kisah epik tentang kristal dan pahlawan cahaya dalam visual definisi tinggi, lengkap dengan pelbagai penambahbaikan moden, mini game baharu, dan sistem combat ikonik Brave & Default.

Dengan lebih tiga juta salinan terjual di seluruh dunia, edisi remaster ini dijangka menarik perhatian peminat lama dan juga mereka yang baru ingin mencuba.

Ceritanya berkisar tentang Tiz, satu-satunya yang terselamat dari sebuah kampung yang musnah akibat Great Chasm. Dia berganding bahu dengan Agnès, seorang vestal muda, untuk menutup jurang yang mengancam dunia dan membebaskan kristal yang dirantai dalam kegelapan.

Pengembaraan mereka di dunia Luxendarc penuh dengan cabaran berisiko tinggi, dan matlamat mereka sering diliputi misteri.

Sepanjang perjalanan, pemain akan menemui pelbagai lokasi unik, setiap satu dengan cabaran tersendiri dan puak-puak yang mewarnai dunia:

  • Ancheim – Sebuah bandar padang pasir yang dahulunya dikuasakan oleh kincir angin, kini terhenti selepas Wind Crystal dirampas kegelapan. Penduduk terpaksa bekerja keras secara manual untuk menggerakkan turbin, sementara Khamer & Profiteur Merchantry mengambil kesempatan dengan memonopoli penjualan air pada harga melampau di bawah pimpinan Profiteur.
  • Florem – Sebuah bandar yang didominasi wanita, kini bertukar menjadi kawasan hiburan, dengan peristiwa pelik berlaku di sebalik ketiadaan vestal air. Bloodrose Legion yang misterius, diketuai oleh Commander DeRosa dan adik-beradik Venus, dipercayai berada di sebalik kekacauan ini.
  • Grandship – Sebuah negara terapung di Sea of Corsairs, menjadi pusat bekalan penting. Tanpa sebarang tentera, Grandship kekal sebagai wilayah berkecuali di tengah dunia yang sedang bergolak.
  • Hartschild – Sebuah kubu kuat yang terperangkap dalam perang saudara selama empat tahun menentang Swordbearers, yang beroperasi dari Starkfort dengan sokongan pasukan elit Black Blades.

Dua mini game baharu turut diperkenalkan dalam Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster, memanfaatkan kawalan tetikus Nintendo Switch 2, menawarkan cabaran santai dengan ganjaran menarik:

  • Luxencheer Rhythm Catch – Sertai Tiz dan rakan-rakan dalam permainan irama di mana pemain mengendalikan tongkat lux untuk menangkap nota dan menyokong wira-wira di pentas. Pemain boleh memilih kostum watak, bermain bersama lima lagu, dan menikmati spectator mode untuk melihat aksi tarian karakter mengikuti runut bunyi ikonik permainan.
  • Ringabel’s Panic Cruise – Pandu kapal udara sebagai Ringabel, mendengar arahan parti, lalu terbang melalui gelung terapung, dan serang musuh dengan perisai serta meriam. Terdapat empat litar untuk dicuba, termasuk litar tutorial, dan cabaran semakin meningkat mengikut permintaan rakan-rakan.

Skor tinggi dalam kedua-dua mini game ini akan memberi token yang boleh ditukar dengan aksesori seperti pengubah encounter rate (0–400%) dan kostum watak, menambah gaya dan elemen strategik kepada pengembaraan.

Pemain juga boleh membina semula kampung Tiz, Norende, membuka pelbagai kedai yang menawarkan peralatan hebat dan gerakan khas. Berjumpa pemain lain sebagai tetamu di bandar akan meningkatkan populasi Norende, mempercepat proses pemulihan kampung.

Sistem pertempuran ikonik Brave & Default kembali dalam versi ini, dengan beberapa ciri menarik seperti:

  • Summon Friends – Panggil bantuan rakan atau pemain lain untuk melancarkan serangan khas mereka, atau hantar watak sendiri untuk membantu pemain lain.
  • Abilink – Pinjam kemahiran yang belum dipelajari daripada rakan untuk mencipta kombinasi strategi baharu (tidak tersedia untuk tetamu).
  • Special Moves – Sesuaikan gerakan khas yang meningkatkan prestasi parti, diiringi lagu khas, dengan bonus tambahan jika berjaya chain sebelum lagu tamat.

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster juga memperkenalkan pelbagai Job (kelas) dengan kebolehan unik yang boleh membentuk gaya pertempuran anda:

  • Thief – Pakar mencuri dengan kemahiran seperti Steal (25% peluang mencuri barang) dan Life Thief (memulihkan HP dengan menyedut HP musuh).
  • Merchant – Menggunakan kuasa wang dengan Salesman (memaksa musuh membeli barang pada harga 2.4x) dan Takeover (memberi damage berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan).
  • Spell Fencer – Menyihir pedang dengan spell seperti Blizzard atau Sleep, malah boleh menyerap MP musuh.
  • Time Mage – Memanipulasi masa pertempuran dengan Slow atau Time Slip, yang boleh mengembalikan status parti ke awal pertempuran jika ada yang pengsan.
  • Ranger – Penembak tepat dengan Targeting (damage 1.25x) dan Beat Slayer (damage 1.5x kepada makhluk).
  • Summoner – Memanggil makhluk hebat seperti Girtablulu dengan kos MP tinggi, malah boleh memulihkan MP sendiri.
  • Valkyrie – Mahir dalam serangan lompat dengan Crescent Moon atau Jump (damage 2x pada giliran seterusnya).
  • Red Mage – Serba boleh dengan spell seperti Cure, Thunder, dan kemahiran menaikkan BP.
  • Salve-Maker – Boleh mencipta kombinasi item untuk kesan unik seperti menggandakan HP atau Turn Toxic (menukar pemulihan kepada racun).
  • Performer – Meningkatkan statistik parti dengan One More for You (meningkatkan BP sekutu) atau Got Your Back (meningkatkan pertahanan sebanyak 25%).
  • Pirate – Penyerang kuat dengan Double Damage dan Shell Split (mengurangkan pertahanan musuh).
  • Ninja – Pendekar berkembar dengan Shippujinrai (menyerang dahulu) dan Utsusemi (mengelak satu serangan fizikal).
  • Swordmaster – Pakar serangan balas dengan Nothing Ventured (kurangkan damage, balas 2x) dan Squeaky Wheel (mengurangkan BP musuh).
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster
ShareTweetSend
Previous Post

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

Next Post

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Demo HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Kini Tersedia di PC, Demo PS5 Bakal Menyusul
Demo

Demo HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Kini Tersedia di PC, Demo PS5 Bakal Menyusul

May 30, 2025
Next Post
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd