Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Bot upahan Scalper” makin kurang membeli PS5, menurut kajian data! Tapi konsol masih tiada stok!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
“Bot upahan Scalper” makin kurang membeli PS5, menurut kajian data! Tapi konsol masih tiada stok!
Share on FacebookShare on Twitter

12 November 2023 merupakan ulang tahun ke-2 bagi pelancaran konsol PS5 tetapi walaupun 2 tahun sudah berlalu, masih ada ramai orang yang tidak dapat memperoleh satu unit. Nasib baik lah, “bot” yang diupah oleh scalper nampaknya semakin kurang membeli PS5.

Maklumat ini berasal daripada kajian data terkini oleh Netacea (melalui VGC). Bagi mereka yang tidak tahu, Netacea ialah syarikat pakar pengesanan bot yang menjejaki “produk mana yang paling banyak dibeli oleh bot supaya mudah diperoleh oleh scalper.”

Mengikut indeks suku tahunan terbaharu di laman web, yang meliputi data daripada bulan Julai hingga September tahun ini, Netacea mendedahkan bahawa PS5 telah jatuh daripada tangga “Top 3” buat kali pertama sejak ia dilancarkan.

Namun, bukan semuanya berita baik. Walaupun purata bot PS5 telah menurun, jumlahnya hanya sedikit. Konsol PS5 masih kekal dalam senarai “lima produk popular yang paling dicari oleh bot”, di mana ia memegang kedudukan nombor empat. Kini, produk yang lebih dicari-cari oleh bot ialah Adidas Yeezy Slide Bone, Nike Dunk Low Panda dan kad Panini Donruss Optic Football.

Adidas Yeezy Slide Bone

Pelbagai usaha telah dibuat untuk membendung scalper dan bot, tetapi ternyata tiada yang benar-benar efektif. Harga PS5 apabila dijual scapler masih terlalu mahal (2x lebih mahal daripada harga asal), dan walaupun 2 tahun sudah berlalu, nilai harga yang ditetapkan oleh scalper tidak banyak turun.

Menurut Netacea, harga jualan semula hanya turun 2% walaupun jumlah bot semakin berkurangan.

Buat masa sekarang, peluang untuk orang mendapatkan PS5 baru cukup suram. Mungkin dengan pelancaran PS VR2 pada Februari 2023 akan datang, bot dan scalper dapat mengalihkan fokus ke tempat lain, lantas menawarkan lebih banyak konsol PS5 untuk orang yang benar-benar mahu dan layak mendapatkannya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Botps5scalperSony
Previous Post

Banyak game Studio Onoma bakal dihentikan termasuk Deus Ex Go & Hitman Sniper!

Next Post

Pelukis Assassination Classroom Muak Lihat Karya Manga Seakan Chainsaw Man

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pelukis Assassination Classroom Muak Lihat Karya Manga Seakan Chainsaw Man

Pelukis Assassination Classroom Muak Lihat Karya Manga Seakan Chainsaw Man

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd