Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited hari ini telah mengumumkan dua warna baru untuk controller DualSense, iaitu Midnight Black dijual pada harga RM349 dan Cosmic Red berharga RM369. Kedua-dua warna baru ini akan mula dilancarkan di Malaysia bermula 10 Jun 2021 nanti.


Ini adalah pelepasan pertama untuk warna baru DualSense Wireless Controller dengan membawakan tema Galaxy. Versi warna Midnight Black menampilkan dua warna, iaitu hitam dengan warna kelabu terang yang mencerminkan suasana langit malam. Manakala untuk Cosmic Red pula menawarkan reka bentuk hitam dan merah yang diilhamkan oleh warna merah terdapat di kosmos. Dengan dua warna inspirasi dari alam semesta ini, pemain dapat meneroka lebih banyak batasan game baru melalui DualSense Wireless Controller. Untuk mengetahui senarai pengedar sah PlayStation, anda boleh menekan pada pautan ini.
Berikut adalah spesifikasi untuk controller DualSense warna baru:
Dimensi | 160mm x 66mm x 106mm (width x height x depth) | |
Berat | 280g | |
Butang | PS button, Create button, Options button,
Directional buttons (Up/Down/Left/Right), Action buttons (Triangle, Circle, Cross, Square), R1/L1 button, R2/L2 button (with Trigger Effect) Left stick / L3 button, Right stick / R3 button, Touch Pad button, MUTE button |
|
Touch Pad | 2 Point Touch Pad, Capacitive Type, Click Mechanism | |
Motion Sensor | SIXAXIS motion sensing system (three-axis gyroscope + three-axis accelerometer) | |
Audio | Built-in Microphone Array, Built-in Mono Speaker, Stereo Headset Jack
Output: 48kHz/16bit, Input : 24kHz/16bit |
|
Feedback | Trigger Effect (on R2/L2 button), Vibration (haptic feedback by dual actuators), Indicators (Light bar / Player indicator / MUTE status) | |
Ports | USB Type-C® port (Hi-Speed USB), Stereo Headset Jack, Charging Terminals | |
Komunikasi | Wireless | Bluetooth® Ver5.1 |
Wired | USB connection (HID, Audio) | |
Battery | Type | Built-in rechargeable lithium-ion battery |
Voltage | DC 3.65V | |
Capacity | 1,560mAh |
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi, Facebook dan pusat perkhidmatan pelanggan PlayStation Asia. Apa pendapat anda tentang warna baru DualSense? Jom kongsi dengan saya di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang alat kawalan DualSense, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post