Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix Julai 2023! Tanpa membuang masa, jom kita lihat filem, siri dan anime yang akan tersedia di Netflix bulan Julai ini!
Filem & Siri
The Witcher Season 3 Volume 2 – 27 Julai
Takdir yang menemukan mereka. Kuasa berbahaya pula ingin memisahkan mereka. Geralt dan Yennefer berlawan untuk memastikan Ciri selamat semasa perang sedang berlaku di benua tersebut.
Bird Box Barcelona – 14 Julai
Ketika kuasa misteri memusnahkan umat manusia, ancaman baharu yang menyeramkan berkembang dalam filem berlatarbelakangkan Barcelona ini memperluaskan kisah filem blockbuster “Bird Box”.
The Uncanny Uncounter Season 2 – 29 Julai

Dengan kuasa dan rekrut baharu, Counter meneruskan pertarungan mereka menentang kuasa jahat yang memakan manusia.
Burn the House Down – 13 Julai
Untuk membongkarkan kebenaran tentang kebakaran yang memusnahkan keluarganya 13 tahun yang lalu, Anzu menyamar sebagai pembantu rumah di rumah keluarga Mitarai.
Missing – 2 Julai

Apabila ibu June dan teman lelakinya tidak pulang daripada percutian dari Colombia, remaja ini telah melakukan penyiasatannya sendiri.
Anime
Boruto: Naruto Next Generation (3 musim) – 1 Julai

Dengan keamanan yang telah dikecapi di seluruh puak ninja, kini generasi baharu seperti Boruto Uzumaki, anda kepada Hokage Ketujuh Naruto Uzumaki, dicabar dengan pencapaian ibu bapanya. Kehidupan shinobi telah berubah dan begitu juga hala tujunya. Legasi ninja berterusan dan babak bari ninja bermula!
NieR:Automata Ver1.1a – 1 Julai

NieR: Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.
Bastard!! – Heavy Metal, Dark Fantasy Season 2 – 31 Julai
Apabila kuasa jahat mengancam untuk hidupkan kembali Anthrasax, Dewa Kemusnahan, Kerajaan Meta-llicana telah meminta pertolongan daripada ahli sihir gelap.
Baki Hanma Season 2: The Tale of Pickle & The Pickle War Saga – 26 Julai
Untuk mendapatkan kebolehan yang boleh mengatasi bapanya yang hebat, Baki telah masuk ke Arizona State Prison untuk mengalahkan banduan yang dikenali sebagai Mr Unchained
Record of Ragnarok Season 2 (episod 11 – 15) – 12 Julai

Sebelum menghapuskan umat manusia daripada dunia, tuhan-tuhan telah memberikan mereka peluang untuk membuktikan diri mereka mampu bertahan.
My Happy Marriage – 5 Julai
Dianggap sebagai seseorang yang tidak berguna oleh keluarganya, Miyo telah didera. Tetapi kehadiran tunangnya telah membangkitkan kuasa tersembunyi dalam dirinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk Julai 2023 di bawah:
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post