Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto – Tangan Sasuke muncul kembali, netizen memberi pelbagai reaksi!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 10, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto – Tangan Sasuke muncul kembali, netizen memberi pelbagai reaksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam anime Boruto: Naruto Next Generation episod 282, nampaknya para animator siri ini terlupa untuk beberapa saat tentang Sasuke yang sepatutnya hanya mempunyai satu tangan sahaja. Perkara ini mendapat perhatian para peminat dan mereka faham mengapa perkara begini boleh berlaku.

Dalam satu adegan daripada episod tersebut, peminat dapat melihat Sasuke dari belakang dan mempunyai sepasang tangan. Bagi mereka yang terlepas, kesilapan ini muncul sekitar 8 minit dan 32 saat, selepas Sasuke mengalahkan sekumpulan banduan dan sebelum dia ditangkap oleh pengawal penjara.

Sebelum kejadian, Sasuke telah diiringi ke kantin Tartar Observatory dan diperkenalkan kepada rakan penjaranya iaitu Jiji, Ganno dan Penzila. Semasa mereka sedang makan, seorang banduan memprovokasi Sasuke sebelum menyerangnya dengan menggunakan garfu. Dengan mudah, Sasuke mengalahkan banduan tersebut dengan skil ninjanya.

Disebabkan ianya hanya terjadi untuk beberapa saat, peminat kekal tenang dengan situasi ini. Terdapat diantara mereka bersetuju bahawa kesilapan begini tidak dapat dielakkan kerana kerja untuk menghasilkan animasi minggu demi minggu adalah suatu perkara yang penat. Peminat juga ada mengatakan bahawa kesilapan ini sering terjadi di dalam anime-anime lain seperti Attack on Titan dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga peminat yang membalas dengan lawak meraka dan bukan untuk mencari kesalahan ataupun mempunyai niat untuk memburukkan pihak produksi.

Untuk pengetahuan anda, siri Boruto kali ini sedang menyiarkan adaptasi Sasuke Retsuden ataupun dikenali sebagai Sasuke’s Story. Sasuke Retsuden terjadi selepas Fourth Great Ninja War dan sebelum anime Boruto disiarkan.

Arc kali ini mengisahkan tentang pengembaraan Sasuke dan Sakura ke Redaku untuk mencari penawar kepada penyakit misteri yang dihidapi oleh Naruto. Arc pendek di dalam anime Boruto adalah berdasarkan novel ringan yang ditulis oleh pencipta Naruto, Masashi Kishimoto dan Jun Esaka serta versi manga yang dilukis oleh Shingo Kimura.

Kesilapan begini sering berlaku di mana-mana siri anime, terpulang kepada individu untuk memberi pandangan mereka sendiri. Bagi saya, perkara tersebut hanyalah kesilapan kecil daripada pihak studio dan tidak perlu dibangkitkan sebagai isu yang besar. Jadi, pendapat anda pula bagaimana? Boleh kongsikan pada kami di ruangan komen di bawah.

Jika anda ingin membaca manga Sasuke Retsuden, anda boleh layari laman web atau muat turun aplikasi Manga Plus. Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBoruto: Naruto Next GenerationsmangasasukeSasuke RetsudenSasuke Uchiha
Previous Post

Rating Cristiano Ronaldo bukan lagi 90 dalam FIFA 23 – kurang berbisa selepas berpindah ke Al Nassr!

Next Post

IQOO 11 5G sudah ‘sold out’ di Malaysia! Pre-order sekarang untuk dapatkan 1 unit sebelum CNY!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
IQOO 11 5G sudah ‘sold out’ di Malaysia! Pre-order sekarang untuk dapatkan 1 unit sebelum CNY!

IQOO 11 5G sudah 'sold out' di Malaysia! Pre-order sekarang untuk dapatkan 1 unit sebelum CNY!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd