Pada minggu lepas, manga Boruto akhirnya telah mengeluarkan bab terbaru yang menjelaskan peristiwa malang yang terjadi kepada protagonis kita, Uzumaki Boruto. Merupakan antara bab paling penting, kita dapat tahu mengapa dia dan Kawaki bermusuhan serta mendedahkan bagaimana Uchiha Sarada memperoleh Mangekyo Sharingan!
Sebagai rumusan untuk bab sebelum, Eida (tanpa sengaja) telah “menterbalikkan” kehidupan Boruto dan Kawaki, di mana Boruto kini dilabel sebagai musuh oleh seluruh kampung Konoha selepas dituduh membunuh Hokage ke-7 Uzumaki Naruto. Apakah yang terjadi selepas ini? Berikut merupakan rumusan padat!
AMARAN!! SPOILER UNTUK BORUTO BAB 80!! BACA SPOILER BAB 79 DI SINI!!

Atas arahan Kawaki, Eida berbohong kepada Shikamaru bahawa Boruto membunuh Naruto. Shikamaru menyampaikan maklumat itu kepada shinobi-shinobi lain tetapi Sumire tidak terkesan dengan “pukauan” ini dan mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan gelombang cahaya (shinjutsu Eida) yang dilihat olehnya sebentar tadi.
Eida bertanya kepada Kawaki sama ada dia rancangan dia perlu ekstrem seperti ini tetapi Kawaki gembira kerana tiada siapa dapat mengganggunya membunuh Boruto. Kenapa Kawaki buat begini? Untuk memastikan Naruto dan Hinata selamat sehingga dia membunuh Boruto dan Code. Kemudian, Daemon (adik Eida) pun tiba dan bertanya sama ada Kawaki telah melakukan sesuatu dengan kakaknya.

Sasuke jumpa Sarada dan bertanya jika dia ok. Selepas mendengar apa yang berlaku, Sarada (yang juga tidak terkesan oleh ninjutsu misteri ini) amat terkejut dan mendapati memori ayahnya Sasuke pun berubah seperti orang lain. Sumire menghubungi Sarada, dan berkongsi syak wasangkanya tentang Eida. Sumire menjelaskan bahawa mereka berdua tidak terjejas, dan ini hanyalah satu langkah drastik oleh Eida untuk menyelamatkan Kawaki.

Sarada, yang masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya, berasa sedih dengan keadaan Boruto. Dia merayu kepada Sasuke untuk kembali normal dan memberitahu semua orang ditipu. Walaupun begitu, Sasuke masih percaya Boruto yang membunuh Naruto. Sarada tidak berhenti merayu kepada Sasuke untuk mempercayainya. Walaupun dia tahu ayahnya tidak memahami, Sarada meminta Sasuke untuk membantu Boruto. Pada saat ini, Sasuke perasan bahawa Sarada telah membangkitkan mata Mangekyo Sharingan.

Pada masa yang sama, Team 10 (Yamanaka Inojin, Nara Shikadai dan Akimichi Chocho) sedang menyerang hendap Boruto. Momoshiki menawarkan untuk mengambil alih badan Boruto bagi membunuh semua orang, tetapi Boruto menolak. Tiba-tiba, Sasuke datang menyelamatkan Boruto.
Semasa meninggalkan kampung, Sasuke berkongsi memorinya tentang Kawaki. Mereka membuat keputusan untuk berehat di luar jangkauan sensor Konoha, tetapi Eida berjaya mengesan posisi mereka dengan Senrigan. Dia memberitahu Kawaki untuk pulang tanpa dia, manakala dia dan Daemon pergi ke lokasi itu.

Boruto bertanya mengapa Sasuke membantunya sedangkan dia adalah musuh. Sasuke menerangkan bahawa Boruto mempunyai pelindung dahi yang dia berikan kepada Kawaki, dan dapat merasakan kehadiran Momoshiki dalam dirinya, sedangkan dia “ingat” Momoshiki berada di dalam Kawaki. Ini membuatkan Sasuke takut dan mengesyaki memorinya adalah palsu. Sasuke memutuskan jika dia tidak boleh mempercayai memori sendiri, dia akan percaya kata anaknya Sarada, dan mendapati ia berbaloi untuk mempertaruhkan nyawanya.
Momoshiki menjelaskan bahawa shinjutsu “Omnipotence” milik Eida tidak boleh dibuang, malah membunuh Eida pun tidak akan membetulkan semula keadaan. Boruto mengejek Momoshiki yang kelihatan panik dan memintanya untuk berdiam. Eida kemudian tiba dengan Daemon, dan meminta maaf kepada Boruto. Dia hanya mahu membantu Kawaki, tetapi sesuatu yang tidak jangka telah berlaku.

Eida anggap Boruto akan berada dalam keadaan putus asa. Hakikatnya, Boruto memang berasa sedih dan hampir putus asa, tetapi dia memikirkan itulah yang dialami oleh Kawaki sejak kecil. Dia sedar dia mungkin telah menimbulkan kemarahan Kawaki dengan cuba merapatkan hubungan mereka di mana Eida memberitahu bahawa Kawaki memang menganggap Boruto sebagai “adik”.
Sasuke kemudian menceritakan kepada Boruto bahawa Naruto juga pernah mengalami situasi yang sama. Dia dahulu dipulaukan oleh semua orang dan tidak mempunyai siapa-siapa di sisi. Tidak ingin berputus asa, Naruto mengubahnya nasib dirinya menggunakan usaha sendiri, jadi Boruto harus melakukan perkara yang sama.

Boruto percaya dia tidak kehilangan segala-galanya – dia mempunyai darah bapanya, darah keluarga ibu Hyuga dan darah datuk Hokage dalam dirinya, tetapi paling penting sekali, dia adalah seorang shinobi Konoha dengan semangat “Will of Fire“. Boruto berazam untuk menjadi kuat demi mengubah keadaan mereka.
Untuk menebus kesalahannya kerana meletakkan Boruto dalam situasi ini, Eida berjanji untuk tidak mencari Boruto atau Sasuke sehingga mereka kembali ke Konoha. Boruto mengucapkan terima kasih, dan memintanya untuk menyampaikan terima kasih kepada Sarada kerana menghantar Sasuke kepadanya.

Maka tamatlah bab ini. Sekarang, manga Boruto akan berrehat selama 3 bulan dan bakal kembali pada bulan Ogos nanti sebagai persediaan untuk story arc seterusnya (harap-harap sudah timeskip). Saya yakin ramai yang tidak sabar untuk melihat apa terjadi, tetapi seelok-eloknya kita beri masa kepada Masashi Kishimoto dan Mikio Ikemoto untuk memikirkan hala tuju siri ini.
Boruto berlatih di bawah Sasuke, Sarada membuka Mangekyo Sharingan – saya sendiri tidak sabar untuk membaca bab seterusnya.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post