Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto – Perbezaan Ninjutsu & Shinjutsu, mana yang lebih kuat?!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 4, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Boruto – Perbezaan Ninjutsu & Shinjutsu, mana yang lebih kuat?!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam manga Boruto, kita telah dikenalkan dengan watak terbaru dan terkuat dalam siri ini, iaitu Otsutsuki Shibai. Menurut Amado, Shibai merupakan Otsutsuki tahap dewa dengan kekuatan Shinjutsu yang mengatasi segala Ninjutsu, tidak kira Naruto, Boruto dan semua para ninja yang lain. Jadi, apakah perbezaan Shinjutsu dan Ninjutsu ini? Mari saya ceritakan.

Seperti yang dikatakan oleh Amado Sanzu, Shinjutsu ialah seni ninja pada zaman dahulu yang diamalkan secara eksklusif oleh Otsutsuki Shibai yang kini telah meninggal dunia. Sepanjang hidupnya, Shibai telah melakukan kerja Otsutsuki dengan sangat cemerlang.

Dia telah memusnah banyak planet, memaksa semua bentuk kehidupan yang ada untuk menyuburkan Divine Tree. Selepas memakan buah yang dihasilkan, Shibai akan berpindah ke planet lain, meneruskan misi pembunuhannya antara galaksi yang tidak berkesudahan. Selepas beribu tahun, kuasa yang diperoleh daripada memakan buah-buah Divine Tree membuatkan dia mencapai tahap dewa.

Nama yang diberikan kepada kebolehan luar biasa Shibai ialah Shinjutsu. Berbeza dengan Ninjutsu yang dihadkan dengan bilangan chakra dan pengalaman seseorang shinobi, Shinjutsu membolehkan Shibai melakukan perkara yang luar biasa.

Untuk melakukan sesuatu serangan, seorang ninja harus menggunakan hand sign dan menukar chakra ke elemen tertentu. Tetapi bagi Shibai yang telah mencapai ke tahap dewa, dia tidak perlu lakukan sebarang hand sign. Dia dapat menyeru ribut dengan hanya melambaikan tangan atau memanggil guruh hanya dengan menjerit. 

Amado juga menyatakan bahawa tradisi hand sign dan memfokuskan chakra untuk menggunakan ninjutsu adalah hasil daripada tiruan Shinjutsu. Perkara ini adalah selari dengan apa yang telah didedahkan dalam siri Naruto tentang asal-usul chakra dan ninjutsu.

Shinjutsu juga tidak boleh dicipta dan dipelajari seperti ninjutsu. Ia hanya boleh diwarisi kepada mereka yang mempunyai DNA daripada mayat Shibai dimasukkan ke dalam badan mereka. Buat masa ini, beberapa kuasa Shinjutsu telah didedahkan termasuk Senringan milik Eida dan abiliti memantul segala serangan milik Daemon, cakaran yang boleh menembus alam milik Kod, dan kebolehan mengecil lalu membesar milik Kawaki (asalnya Isshiki).

Kita dapat lihat bagaimana Shinjutsu telah mengalahkan dua ninja terkuat yang menggunakan ninjutsu, Naruto dan Sasuke. Sedangkan genjutsu Sasuke tidak mampu membuat apa-apa terhadap pengguna Shinjutsu kerana fungsi genjutsu adalah untuk mengganggu aliran chakra seseorang, malang sekali buat Sasuke kerana pengguna Shinjutsu tidak memerlukan untuk membentuk dan mengawal chakra.

Apa yang saya boleh katakan ialah, Shinjutsu terbukti kuasa paling kuat setakat ini dalam siri Boruto jika ingin dibandingkan dengan Ninjutsu. Jadi, anda rasa mampukah para shinobi mengalahkan pengguna Shinjutsu ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutoBoruto: Naruto Next GenerationsmangaNinjutsuShinjutsu
Previous Post

FAKTA: Budak 10 tahun dianggap “dewasa matang” dalam Pokemon, boleh kahwin & mengembara!

Next Post

Sneak peek pertama filem Gran Turismo dikeluarkan, bakal tiba di pawagam pada 11 Ogos 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sneak peek pertama filem Gran Turismo dikeluarkan, bakal tiba di pawagam pada 11 Ogos 2023!

Sneak peek pertama filem Gran Turismo dikeluarkan, bakal tiba di pawagam pada 11 Ogos 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd