Dalam satu titik perubahan besar bagi manga Boruto: Two Blue Vortex, Bab 21 telah mendedahkan abiliti paling hebat Uchiha Sarada apabila dia menggunakan kuasa Mangekyo Sharingan unik miliknya: teknik baharu yang dikenali sebagai Ohirume.
Malah, ia memperkenalkan satu kuasa yang kini dianggap antara paling dahsyat pernah dimiliki oleh keturunan Uchiha.
Walaupun sudah lama dibangkitkan, Mangekyo Sharingan Sarada akhirnya dipakai ketika pertempuran sengit menentang musuh bernama Ryu.
Kuasa itu bangkit semula akibat gelora emosi Sarada selepas melihat Yodo tercedera, serta trauma yang ditanggung apabila Uzumaki Boruto difitnah membunuh ayahnya sendiri, Hokage Ketujuh, Naruto. Semua ini berlaku hasil manipulasi Kawaki dan teknik Omnipotence yang mengubah realiti hingga mencetuskan kekeliruan memori.

Kebolehan baru SaradaOŌhirume—mengambil ilham daripada gelaran dewi matahari dalam kepercayaan Shintō, Amaterasu (Ōhirume-no-Muchi-no-Kami).
Namun, kuasa ini tidak seperti api hitam Amaterasu, sebaliknya Sarada mencipta bebola hitam pekat yang berfungsi sebagai pusat graviti, seolah-olah lubang hitam mini yang boleh dicipta dan dimanipulasi sesuka hati.

Sfera graviti yang diciptanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:
- Dia mampu memilih siapa yang ditarik atau ditolak, membolehkannya mengasingkan kawan dan lawan.
- Dia boleh terbang dengan memanipulasi medan graviti di sekeliling tubuhnya.
- Dia boleh engganggu musuh dengan mengubah medan graviti di tengah pertempuran.
- Dan yang paling menakutkan, sesiapa atau apa sahaja yang disentuh oleh sfera pilihannya akan hancur dalam sekelip mata akibat daya graviti melampau.

Namun, selepas pertama kali menggunakan Ohirume untuk menewaskan Ryu, Sarada mengalami pendarahan mata yang teruk dan jatuh pengsan akibat kehabisan tenaga. Ia menunjukkan betapa berat beban fizikal yang ditanggung untuk mengawal kuasa sedemikian.

Meskipun begitu, Ohirume sudah pun dianggap sebagai salah satu teknik paling “broken” dalam siri ini—kuasa luar biasa yang boleh dimanfaatkan untuk menentang ancaman tahap dewa.
Koji Kashin sendiri menyatakan bahawa teknik ini merupakan kunci penting dalam usaha menewaskan Shinju, makhluk berkait dengan Ten-Tails yang kini menjadi ancaman utama kepada dunia ninja.

Berbanding teknik Mangekyō lain seperti Amaterasu dan Susanoo, Ōhirume lahir bukan sekadar dari kekuatan emosi, tetapi dari keperluan dunia untuk bertahan hidup.
Dalam era baharu yang penuh dengan kuasa Shinjutsu dan musuh dari dimensi lain, Sarada bukan sekadar pewaris kepada klan Uchiha—tetapi sebagai harapan utama generasinya.
@gamersantaimy
Discussion about this post