Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Kurama meninggalkan Naruto buat selama-lamanya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto: Kurama meninggalkan Naruto buat selama-lamanya!
0
SHARES
8.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Uzumaki Naruto telah mengalami pelbagai peristiwa sedih dalam hidupnya. Dipulaukan oleh seluruh kampung semasa kecil hingga kematian orang tersayang seperti Jiraiya dan Neji, kisah hidup Hokage ke-7 memang penuh dengan dugaan. Tidak kira baik atau buruk, Kurama sentiasa ada untuk Naruto, tetapi dalam episod terbaru anime Boruto, nampaknya dia tidak boleh lagi menenangkan hati Naruto dan terpaksa meninggal rakan baiknya selepas mengorbankan diri demi kampung Konoha dan seluruh dunia.

AMARAN! Berikut mengandungi spoiler untuk Boruto: Naruto Next Generations episod 218!

Bagi mereka yang tidak tahu, episod terkini Boruto memang penuh emosi di mana kita boleh melihat apa yang terjadi selepas pertarungan antara Naruto dan Ōtsutsuki Isshiki. Secara ringkas, Naruto terpaksa menggunakan Baryon Mode untuk mengalahkan Isshiki walaupun Kurama memberi amaran bahawa kuasa ini boleh membunuh penggunanya. Sudah tentu, Naruto tidak kisah dan sanggup menggunakan Baryon Mode untuk selamatkan dunia. Selepas tamatnya pertarungan, kita melihat Naruto terbangun di alam “minda”. Namun, bukan dia yang mati. Sebaliknya, Kurama yang mengorbankan nyawa.

Di sini, dia memberitahu Naruto yang dia harus pergi, kerana Baryon Mode tidak akan membunuh Naruto, tetapi dirinya. Kurama terpaksa menipu kerana tahu Naruto tidak akan mengorbankan nyawa orang lain kecuali dirinya sendiri. Jadi sekarang, dia terpaksa berpisah dengan Kurama buat selama-lamanya. Persoalannya: adakah Kurama betul-betul mati?

Malangnya, jawapan adalah ya. Semua bijuu boleh mati, cuma mereka tidak akan mati dari kecederaan fizikal atau usia tua. Disebabkan bijuu dibuat sepenuhnya dari chakra, mereka akan mati apabila menghabiskan kesemua kandungan chakra di dalam badan. Apabila perkara ini berlaku, bijuu tersebut akan hidup semula setelah mengumpul chakra yang secukupnya. Namun, jika mana-mana Bijuu menggunakan kuasa yang terlalu hebat seperti Baryon Mode, bentuk fizikalnya akan hancur lalu mereka akan mati secara kekal.

Info ini datang dari laman web Naruto Fandom, tetapi kita tidak tahu jika Masashi Kishimoto akan menghidupkan semula Kurama pada masa akan datang dengan jutsu atau teknologi pelik. Apa pendapat anda? Sedih tak selepas melihat pemergian Kurama? Jom kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutoKURAMAmanganaruto
Previous Post

Steam Next Fest kembali dengan lebih 100 demo permainan!

Next Post

Tengah naikkan Rank Pokémon UNITE ke tu? Ni antara Pokémon Hype untuk digunakan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Tengah naikkan Rank Pokémon UNITE ke tu? Ni antara Pokémon Hype untuk digunakan!

Tengah naikkan Rank Pokémon UNITE ke tu? Ni antara Pokémon Hype untuk digunakan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd