Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Kawaki menyelamatkan keadaan, tapi Naruto di ambang mati!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 22, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto: Kawaki menyelamatkan keadaan, tapi Naruto di ambang mati!

Sumber - YukkiMacArt

Share on FacebookShare on Twitter

Ketika Boruto: Naruto Next Generations pertama kali keluar, peminat akan melihat sebuah pertarungan antara Boruto dan Kawaki yang pada saat itu masih misteri. Semakin jauh dalam jalan cerita, kita akhirnya tahu siapakah Kawaki. Walaupun kedua-duanya ditakdirkan akan menjadi musuh satu hari nanti, bab terkini manga menunjukkan ikatan persahabatan antara mereka, yang pasti membuatkan pertarungan terakhir lebih tragik ala-ala Naruto dan Sasuke.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 54: Boruto’s body is possessed! Can his friends help him without hurting him? Read it FREE from the official source! https://t.co/S50yTfLKYo pic.twitter.com/CwMFz53lkZ

— Shonen Jump (@shonenjump) January 20, 2021

Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Boruto bab 54 di bawah!

Story arc terkini menyaksikan pertarungan Naruto, Boruto, Sasuke, dan Kawaki menentang pemimpin organisasi Kara, Otsutsuki Isshiki. Kawaki sepatutnya menjadi hos kepada Isshiki yang ingin bangkit semula, tetapi berkat bantuan Naruto dan Sasuke, Isshiki akhirnya ditewaskan. Ketika keadaan kembali tenang, Momoshiki yang merasuk badan Boruto menyerang Sasuke dan menikam mata Rinnegan-nya dengan kunai.

Walaupun cedera, Sasuke tetap berlawan dan belajar bahawa Momoshiki boleh merasuk Boruto kerana chakra-nya telah habis. Sasuke dan Kawaki melancarkan serangan demi serangan untuk memaksa Momoshiki menyerap chakra bagi membangunkan Boruto tetapi itu pun tidak cukup. Akhir sekali, Kawaki terpaksa membakar diri sendiri sebagai taktik terakhir. Mengapa dia begitu? Ini kerana Momoshiki ingin menjadikan Kawaki sebagai korban untuk Bijuu Ekor Sepuluh, jadi Momoshiki terpaksa mengalah dan menyerap api yang membakar Kawaki, lantas mengembalikan chakra Boruto.

Boruto bangun lalu mematahkan tanduk di kepalanya untuk benar-benar melepaskan diri daripada pengaruh Momoshiki. Letih selepas pertarungan, Boruto dan Kawaki terbaring di tanah dan meminta maaf kepada satu sama lain di mana Kawaki kata “Stupid bro” kepada Boruto.

Semuanya macam aman kan? Salah! Jangan lupa tentang Naruto. Sasuke memandang Naruto, dan sedar bahawa dia dalam keadaan yang bahaya. Naruto terlalu memaksa diri semasa dalam Baryon Mode, yang menurut Kurama, akan membunuh Naruto jika dia menggunakannya secara berlebihan. Adakah Naruto akan selamat? Kita tidak akan tahu sehingga bab seterusnya keluar.

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutoKawakimanganaruto
Previous Post

Beraksi dengan RAZER NAGA X – Mouse Gaming MMO terbaik kini hadir!

Next Post

Genshin Impact version 1.3 akan dilancarkan 3 Februari! Raikan Tahun Baru di Teyvat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Genshin Impact version 1.3 akan dilancarkan 3 Februari! Raikan Tahun Baru di Teyvat!

Genshin Impact version 1.3 akan dilancarkan 3 Februari! Raikan Tahun Baru di Teyvat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd