Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Dewa Otsutsuki diperkenalkan, lagi kuat daripada Kaguya & Isshiki hingga digelar “tuhan”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sumber - _txniz
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai yang benci anime Boruto, tapi saya mengesyorkan korang 100% untuk membaca manga! Kini, Boruto: Naruto Next Generations telah memasuki story arc baru di mana bab terkini telah memperkenalkan Otsutsuki paling kuat dalam siri sehingga ada yang mengelarnya “dewa” atau “tuhan”.

Sebelum saya jelaskan siapa Dewa Otsutsuki ini, korang kena faham jalan cerita dahulu.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 75: Amado spills his guts on his past and the origins of Kara! Read it FREE from the official source! https://t.co/x9osxc7x48 pic.twitter.com/OGHWxD2b7J

— Shonen Jump (@shonenjump) November 20, 2022

Bagi mereka yang mengikuti manga, Boruto dan rakan-rakan kini menghadapi ancaman baru iaitu “Code”, yang berniat untuk membalas dendam demi kematian Isshiki. Bersama dua android misteri, Eida dan Daemon, mereka mempunyai pelbagai abiliti hebat yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana jutsu standard. Tetapi selepas penjelasan Amado dalam bab terbaru, kita akhirnya dapat jawapan sebenar.

AMARAN! SPOILER DI BAWAH UNTUK BORUTO!

Dalam bab 75, Eida dan Daemon kini menetap di Konoha bersama Uzumaki Boruto dan Kawaki. Di tempat lain, Naruto dan Shikamaru berbincang lebih lanjut dengan Amado untuk belajar tentang kebolehan android-android tersebut. Abiliti Eida dan Daemon sebenarnya tidak dihasilkan, tetapi diperoleh dari sumber lain.

Menggunakan DNA daripada mayat seorang Otsutsuki bernama Shibai, Amado kemudian memasukkan DNA itu ke dalam Eida dan Daemon. Apa yang lebih mengejutkan adalah Shibai merupakan Otsutsuki tahap dewa. Dia terbukti sangat kuat hingga boleh melakukan jutsu tanpa memerlukan “hand sign” yang dikenali sebagai “Shinjutsu.”

Menggunakan Shinjutsu, Shibai dapat menyeru ribut dengan hanya melambaikan tangan atau memanggil guruh hanya dengan menjerit. Amado menegaskan bahawa kuasa ini bukanlah Ninjutsu atau Senjutsu, sebaliknya menyamakan kuasa Shibai sebagai “keajaiban” di mana ninjutsu sebenarnya dicipta sebagai cara untuk mereplikasikan Shinjutsu.

Buat masa ini, beberapa kuasa Shinjutsu telah didedahkan termasuk Senringan milik Eida dan abiliti memantul segala serangan milik Daemon, cakaran yang boleh menembus alam milik Kod, dan kebolehan mengecil lalu membesar milik Kawaki (asalnya Isshiki).

Jadi apa pendapat anda tentang Otsutsuki Shibai dan kuasa Shinjutsu? Patutlah masing-masing handal, kuasa pun datang daripada dewa rupanya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutomangaOtsutsuki
Previous Post

Suzume no Tojimari, Filem Anime Terbaru Makoto Shinkai Akan Ditayangkan di Malaysia! [UPDATE]

Next Post

The World of DC Exhibition – Pameran DC pertama di Asia bakal tiba 23 Disember ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
The World of DC Exhibition – Pameran DC pertama di Asia bakal tiba 23 Disember ini!

The World of DC Exhibition - Pameran DC pertama di Asia bakal tiba 23 Disember ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd