Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands Movie Bakal Ditayangkan Pada 8 Ogos 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Borderlands Movie Bakal Ditayangkan Pada 8 Ogos 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan francais game terkenal dengan berjuta-juta pemain, adaptasi Borderlands Movie bakal ditayangkan di Malaysia pada 8 Ogos 2024. Berita ini disahkan melalui trailer khas oleh GSC, yang anda boleh tonton di bawah:

Borderlands Movie merupakan filem komedi aksi fiksyen sains berdasarkan siri game popular dengan nama yang sama. Walaupun menampilkan watak-watak ikonik daripada game, sebaliknya filem ini akan menceritakan kisah original yang saling berkait dengan dunia Borderlands.

Kisahnya mengikuti Lillith, seorang outlaw terkenal yang kembali ke tempat dia dibesarkan, iaitu planet Pandora yang huru-hara, dan membentuk pakatan yang tidak dijangka dengan sekumpulan orang aneh untuk mencari anak perempuan yang hilang milik lelaki paling berkuasa di alam semesta.

Kredit: © Lionsgate

Dihasilkan oleh Media Capital Technologies, Arad Productions, Picturestart, Gearbox Studios dan 2K, filem ini diarahkan oleh Eli Roth, yang menulis lakon layar bersama Joe Crombie. Lebih hebat lagi, filem ini dibintangi pelakon-pelakon hebat termasuk Cate Blanchett, Kevin Hart, Jack Black, Edgar Ramírez, Ariana Greenblatt, Bobby Lee, Florian Munteanu, Gina Gershon dan Jamie Lee Curtis.

Kredit: © Lionsgate

Berikut adalah sinopsis rasmi:

Lilith (Cate Blanchett), seorang outlaw terkenal dengan sejarah misteri, kembali ke planet asalnya Pandora untuk mencari anak perempuan Atlas (Edgar Ramírez), S.O.B paling berkuasa di alam semesta, yang didapati menghilangkan diri.

Lilith kemudian membentuk pakatan dengan pasukan tidak dijangka – Roland (Kevin Hart), bekas tentera upahan elit yang kini mencari penebusan; Tiny Tina (Ariana Greenblatt), seorang remaja liar demolitionist; Krieg (Florian Munteanu), pelindung Tina; Tannis (Jamie Lee Curtis), saintis tanpa waras; dan Claptrap (Jack Black), robot yang sentiasa cakap bijak.

Bersama, wira-wira aneh ini mesti bertarung dengan raksasa asing dan penyamun berbahaya untuk mencari dan melindungi gadis yang hilang, yang mungkin memegang kunci kepada kuasa yang tidak dapat dibayangkan. Nasib alam semesta mungkin berada di tangan mereka tetapi mereka akan berjuang untuk sesuatu yang lebih: satu sama lain.[4]

Tentang Francais Game

Borderlands sebenarnya ialah francais game ‘action role-playing first-person shooter’ yang berlangsung dalam dunia fantasi angkasa berdasarkan wild west, yang dicipta dan dihasilkan oleh Gearbox Software dan diterbitkan oleh 2K.

Siri ini terdiri daripada tujuh game, di mana barisan utama terdiri daripada Borderlands (2009), Borderlands 2 (2012), Borderlands: The Pre-Sequel (2014) dan Borderlands 3 (2019). Sebanyak tiga spin-off dibuat setakat ini, dan merangkumi Tiny Tina’s Wonderlands (2022), Tales from the Borderlands (2014–2015), New Tales from the Borderlands (2022).

Borderlands telah menerima banyak pujian positif dan kejayaan komersial kerana gameplay multiplayer co-op yang menarik dan rasa humornya. Menurut laporan, jumlah keuntungan bersih yang dijana oleh francais ini telah melebihi USD $1 bilion, lantas menjadikannya salah satu francais permainan video paling terlaris dalam sejarah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands movie
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Kriegsfront Tactics – Prologue: Mecha Muncul Di Asia Tenggara?

Next Post

Call of Duty: Black Ops 6 Umum ‘Tarikh Early Access Multiplayer Beta’ & ‘Open Beta’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Call of Duty: Black Ops 6 Umum ‘Tarikh Early Access Multiplayer Beta’ & ‘Open Beta’

Call of Duty: Black Ops 6 Umum 'Tarikh Early Access Multiplayer Beta' & 'Open Beta'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd