Selepas bertahun-tahun mengacau kami, akhirnya Gearbox akan mengumumkan Borderlands 3 pada bulan ini. Sudah tentu, kita dah lalui peristiwa ni berulang kali- tapi kali ni mesti betul jadi kan? Hurm, satu perkara sahaja yang saya pasti. Kita sudah makin dekat dengan tarikh keluaran Borderlands 3.
Gearbox telah tweet sebuah imej papan tanda jalan pada dua hari yang lepas, imej yang mirip dengan gaya kartun Borderlands yang kalian pasti kenal. Papan itu menunjukkan bahawa sesuatu akan terjadi pada tarikh Mac 28 di Boston, MA. Yang lebih teruja, ini ialah tarikh dan lokasi yang sama di mana tayangan perdana akan berlangsung di PAX East. Tambahan pula, di sudut imej itu menunjukkan nombor ‘3’. Adakah kemungkin 3 ini bermaksud Borderlands ‘3’?
— GearboxOfficial (@GearboxOfficial) March 12, 2019
Senarai jadual event yang akan berlangsung di PAX berkata “never-before-seen reveals, exclusives, and surprises,”. Beberapa minggu lepas, ramai peminat menganggap kata-kata ini sebagai pendedahan untuk Borderlands 3. Sekarang kita terima pulak tweet nakal macam ni, dan moga ini kali terakhir mereka main dengan hati kami. Ataupun kemungkinan untuk ini menjadi sebuah remaster untuk Borderlands pun tidak mustahil. Sedihnya.

Ramai peminat yang menunggu pengumuman rasmi seperti ini tentang Borderlands 3 sejak keluaran game mereka yang kedua. Bos Gearbox Randy Pitchford pula telah main tarik tali dengan perasaan kami entah berapa kurun.
Di PAX West tahun lepas, beliau kata bahawa 90% di studio sedang “bekerja pada sesuatu yang saya rasa anda semua ingin kami berusaha.” Kami akan tahu perkara sebenar apabila PAX east datang pada bulan Mac ini. Harap-harap kita akan rasa kegembiraan daripada nangis kekecewaan.
Sumber – IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post