Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bones and All Review — Kisah Percintaan Romantik Yang Unik Pada Tahun Ini!

Maira by Maira
November 24, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Bones and All Review — Kisah Percintaan Romantik Yang Unik Pada Tahun Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Agak jarang untuk filem seram romantik dihasilkan dalam industri tetapi Bones and All telah hadir untuk menjadi koleksi genre itu. Filem tersebut ditayangkan bermula hari ini, 24 November. Kalau anda ingin tahu, ia mengisahkan tentang dua orang kanibal yang bercuti. Bagi kami premisnya agak menarik kerana ia mempunyai kontras antara adegan berdarah dan romantis. Kita dibawa melihat kehidupan dua orang yang tidak serasi dengan masyarakat dan cuba untuk teruskan kehidupan. Jadi kalau nak tahu best atau tidak filem ini, teruskan membaca!

Plot

Ceritanya bermula dengan pengenalan kepada Maren, seorang pelajar sekolah menengah yang telah pergi ke sebuah parti tanpa keizinan bapanya. Dia bersama kawannya bergembira sehinggalah Maren mula memakan jari kawannya. Dia akhirnya cepat-cepat pulang ke rumah dan meminta ayahnya berkemas dan meninggalkan tempat itu.

Rupa-rupanya itu bukanlah kali pertama kejadian itu berlaku. Maren mempunyai rangsangan kanibalistik yang tidak boleh dijelaskan. Ayahnya yang sudah tidak tahan dengan gaya hidup seperti itu telah meninggalkan Maren. Kini dia dalam perjalanan mencari ibunya pula. Ketika inilah Maren jumpa jejaka kanibal bernama Lee dan memulakan percintaan.

Ceritanya boleh dikatakan agak “slow-burn”. Walaupun kita tahu yang mereka ini mencari ibu Maren, tetapi sebahagian besar plot membawa penonton melihat perjalanan mereka yang berjumpa pelbagai orang di merata tempat, menikmati masa bersama. Boleh nampaklah mesej yang ingin disampaikan dalam filem dan kita akan melihat pasangan itu berkembang dengan dunia di sekeliling mereka.

Cara kanibalisme yang ditunjukkan dalam filem ini agak unik. Ia menunjukkan bahawa sesetengah orang mungkin dilahirkan dengan keinginan semula jadi untuk makan manusia lain. Mereka ini boleh menghidu orang yang sama seperti mereka malah boleh menghidu orang yang akan mati tidak lama lagi. Sesetengah daripada mereka juga ada mempraktikkan untuk makan mayat segar yang mati secara semula jadi.

Bones and All

Anda akan melihat bagaimana kanibalisme seperti satu sumpahan kepada protagonis. Mereka tahu yang mereka perlu membunuh atau mengambil nyawa seseorang yang disayangi. Tetapi itulah caranya untuk mereka kekal hidup. Mungkin anda berasa tidak senang dengan perkara seperti ini, tetapi sudah tentu bersimpati dengan watak-watak ini.

Watak-watak

Kedua-dua watak utama memberikan satu persembahan yang sangat hebat, lebih-lebih lagi dengan perkara yang diketengahkan dalam filem Bones and All. Taylor Russell membuatkan Maren lebih berperikemanusiaan, di mana dia seseorang yang baik hati dan penyayang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan keinginannya. Dia juga mampu membuatkan penonton sentiasa terkesima dengan persembahannya.

Berkenaan Timothée Chalamet, agak hebat juga cara dia membawa Lee. Watak itu mungkin kelihatan bersahaja tetapi banyak juga perkara gelap yang disimpan. Anda akan lihat bagaimana Lee memberikan nasihat kepada Maren dengan masalahnya, sedangkan dia sendiri bergelut dengan masalah sendiri.

Apa pun, pasangan ini mempunyai kisah percintaan yang semula jadi. Anda boleh melihat mereka beralih daripada kawan sehinggalah mereka menjadi rapat. Bagi kami ia agak comel dan tidak nampak seperti lakonan, terutamanya apabila mereka meluahkan isi hati antara satu sama lain tentang masa lalu mereka.

Sinematografi

Agak susah nak terangkan secara terperinci, tetapi dengan kata mudahnya, reka bentuk visual dan bunyi dalam filem itu sungguh mengerikan. Kesemua kanibal kelihatan agak kotor dan agak gila. Reka bentuk set penggambaran terdiri daripada perumahan yang rosak, gelap dan langit mendung tetapi apabila matahari bersinar, ia dianggap sebagai panas. Dari segi bunyi, terdapat juga banyak lagu perlahan dan lembut dimainkan walaupun adegan yang ganas ditunjukkan.

Ia adalah kontras yang menarik yang memberikan filem itu suasana yang unik. Ia boleh bertukar antara adegan romantis yang tenang kepada adegan kematian yang suram dalam masa beberapa minit namun ia masih terasa konsisten. Tidak banyak filem boleh melakukannya tetapi Bones and All melakukannya dengan hebat.

Bones and All

Kesimpulan

Sejujurnya, kami rasa Bones and All bukanlah filem untuk semua orang. Ia adalah gabungan unik kisah percintaan dan seram psikologi yang mungkin boleh membuatkan sesetengah orang tidak senang. Kami rasa filem itu memberikan kisah seram psikologi yang kreatif. Ia betul-betul menunjukkan pergelutan orang yang masih ingin kekal dalam masyarakat, tetapi mengetahui yang mereka juga berpotensi dalam melakukan sesuatu yang buruk.

Jadi kalau anda tidak kisah dengan segala adegan berdarah dan percintaan yang agak lambat, kami boleh syorkan anda filem ini. Penulisannya ditulis dengan sangat baik. Boleh pergi ke pawagam berdekatan untuk menontonnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Bones and All

8 Score

Review Breakdown

  • Gabungan unik antara seram dan romantik 0
Tags: Bones and Allreview
Previous Post

Mobile Legends adakan Juara Ultima bersama Safee Sali, Khairul Fahmi & Dominic Tan!

Next Post

M4G umum promosi Black Friday! Dapatkan game, konsol & figura pada harga diskaun!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
M4G umum promosi Black Friday! Dapatkan game, konsol & figura pada harga diskaun!

M4G umum promosi Black Friday! Dapatkan game, konsol & figura pada harga diskaun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd