Siri animasi popular BoBoiBoy kembali dengan pengembaraan baru yang bakal menggoncang dunia peminat! BoBoiBoy Galaxy Gentar, ansuran terbaru dalam siri BoBoiBoy Galaxy, dijadualkan memulakan tayangan pada 21 Disember 2024.
BoBoiBoy Galaxy Gentar adalah siri ketiga dalam musim kedua BoBoiBoy Galaxy, susulan daripada siri sebelumnya, BoBoiBoy Galaxy Windara, dan akan diikuti oleh BoBoiBoy Galaxy Baraju. Menurut info, siri Gentar akan mengandungi empat episod.
Siri ini mengadaptasi babak-babak daripada Arc Gentar dalam komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2, yang menggabungkan kuasa dua elemen hebat—Halilintar dan Gempa—untuk membentuk elemen baharu, iaitu Gentar.

Fusion Gentar pertama kali diperkenalkan dalam isu ke-15 komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2, bertajuk “Berjuang Tanpa Gentar”. Dalam versi animasi, peminat akan dibawa lebih mendalam ke dalam kisah Gentar, menyaksikan cabaran baru dan pertempuran sengit yang bakal menguji keberanian BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
Siri ini menjanjikan bukan sahaja aksi hebat, tetapi juga mesej keberanian, kerjasama, dan usaha tanpa henti—ciri khas yang telah menjadi tunjang francais BoBoiBoy sejak ia mula diperkenalkan.

Sekali lagi saya ingatkan, BoBoiBoy Galaxy Gentar akan menemui peminat bermula 21 Disember 2024. Pastikan anda bersedia untuk perjalanan yang tidak dapat dilupakan dalam dunia BoBoiBoy Galaxy.
@gamersantaimy
Discussion about this post