Setelah mendapat sambutan yang hebat daripada penonton-penonton, Netflix mengumumkan bahawa siri animasi Blue Eye Samurai akan mendapat musim 2! Kalau anda ingin tahu, Blue Eye Samurai membawa penonton ke zaman Edo Jepun dan memperkenalkan kita kepada Mizu yang menyamar menjadi seorang lelaki untuk membalas dendam.
“Apabila kami memulakan projek ini, kami membuat komitmen untuk mengambil kisah yang sangat peribadi ini berlatarkan zaman Edo Jepun dan menghidupkannya dengan cara yang paling tulen dan cantik. Juruanimasi, ahli sejarah, pemuzik, artis mempertahankan diri dan pelakon suara kami menjadikannya di luar jangkaan kami,” kata pencipta, penerbit eksekutif dan penulis Amber Noizumi dan Michael Green kepada Netflix.

“Kami berterima kasih kepada seluruh pasukan kami dan kepada penonton kami dari seluruh dunia yang telah menunjukkan semangat sedemikian untuk Mizu dan perjalanan balas dendamnya. Mizu mempunyai lebih banyak darah untuk ditumpahkan! Kami sangat berterima kasih kepada rakan kongsi kami yang luar biasa di Netflix kerana memberi peluang untuk perjalanan ini diteruskan.”

Menariknya, Noizumi dan Green telah pun merancang plot untuk lagi satu musim sebelum pengumuman baharu ini. Agaknya apa pula yang Mizu akan lakukan dalam Blue Eye Samurai musim 2 nanti? Kita nantikan sahaja apabila musim tersebut ditayangkan nanti.
Anda yang masih belum menonton Blue Eye Samurai, boleh tonton kesemua lapan episod di Netflix sekarang! Untuk mendapatkan berita terkini mengenai animasi daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post