Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BlizzCon kembali pada 3-4 November 2023! Tiket mula dijual 8 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Livestream, Pameran/Expo
0 0
0
BlizzCon kembali pada 3-4 November 2023! Tiket mula dijual 8 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas empat tahun mendiamkan diri, BlizzCon 2023 – konvensyen gaming global Blizzard Entertainment – akan kembali ke Anaheim, California pada 3 hingga 4 November, di mana tiket tersedia untuk beli pada 8 Julai.

A legendary adventure awaits you at #BlizzCon

❄️ 2 Full Days of BlizzCon
🕹️ Opening Ceremony
🎤 Panel Discussions
💙 Community Night
🌎 Overwatch World Cup

And more!

Details here: https://t.co/9UuByqvNSi pic.twitter.com/zP9HKtNVkW

— Blizzard Entertainment (@Blizzard_Ent) June 29, 2023

Tahun ini, BlizzCon janji akan memberi pengalaman yang mengasyikkan dengan membawa peserta ke alam semesta Warcraft, Diablo dan Overwatch dengan pameran, seni dan ruang besar-besaran di mana pengunjung boleh berhubung dan mempelajari kandungan seterusnya untuk game kegemaran. Bagi mereka yang ingin menonton BlizzCon 2023 secara dalam talian, semua kandungan di atas pentas juga akan tersedia melalui live stream percuma.

Bagi mereka yang berminat untuk datang, tiket akan dijual secara dua fasa; fasa jualan tiket pertama akan tersedia pada 9 Julai, jam 1 pagi melalui AXS di AXS.com, manakala fasa jualan tiket kedua akan tersedia pada 23 Julai, jam 1 pagi.

Kredit: Blizzard Entertainment

Tiket General Admission boleh dibeli pada harga $299 USD (anggaran RM1,397++), dan termasuk:

  • Tiket acara langsung
  • Barang in-game
  • Beg galas rasmi BlizzCon
  • Akses awal ke BlizzCon Store

Portal Pass juga tersedia pada harga $799 USD (anggaran RM3,734++), yang merangkumi semua kandungan General Admission, dan:

  • Barisan pendaftaran berasingan
  • Barisan sekuriti berasingan
  • Akses eksklusif ke Portal Pass Lounge
    • Konsesi peribadi, ruang menonton peribadi, pengalaman gameplay, sokongan concierge dan banyak lagi
  • Kemasukan awal ke Anaheim Convention Center (Lounge sahaja – Jumaat dan Sabtu)
Kredit: Blizzard Entertainment

April McKee, penerbit eksekutif BlizzCon berkata:

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan semua orang kembali ke Anaheim untuk BlizzCon 2023. Tahun ini, kami menggandakan pengalaman komuniti untuk kedua-dua hadirin secara bersemuka dan maya, dengan pengaktifan yang indah dan mendalam di seluruh Pusat Konvensyen Anaheim, serta menyediakan semua kandungan di atas pentas BlizzCon secara percuma melalui strim langsung untuk komuniti global kami. Kami mempunyai begitu banyak perkara menarik yang dirancang, dan kami tidak sabar untuk melihat semua orang di sana!”

Mike Ybarra, presiden Blizzard Entertainment berkata:

“Gaming adalah tentang membuat hubungan dengan orang lain, mencipta kenangan, dan lebih-lebih lagi, berseronok –BlizzCon ialah perayaan kami. Pemain kami adalah teras kepada hal yang menjadikan BlizzCon hebat, dan sama ada pemain kami hadir secara peribadi atau menyertai secara maya, kami tidak sabar-sabar untuk menunjukkan perkara seterusnya untuk Blizzard.”


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari blog atau laman web BlizzCon.com untuk info terkini. Anda juga boleh baca segala liputan kami tentang BlizzCon di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blizzard EntertainmentBlizzCon 2023expopameran
ShareTweetSend
Previous Post

Anime SHY Bakal Tayang pada Oktober 2023, Mengisahkan Seorang Superhero yang Pemalu!

Next Post

Cuba Ghost Trick: Phantom Detective sekarang di PS4, Switch, XB1 & Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Cuba Ghost Trick: Phantom Detective sekarang di PS4, Switch, XB1 & Steam!

Cuba Ghost Trick: Phantom Detective sekarang di PS4, Switch, XB1 & Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd