Baru-baru ini, Blizzard telah melancarkan ujian Closed Alpha bagi permainan mobile baru mereka, iaitu Diablo Immortal. Setelah beberapa ujian diberikan untuk pemain, Activision Blizzard mengesahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan pada hujung tahun 2021. Pengumuman ini dibuat semasa pendapatan kewangan terbaru mereka dikeluarkan.
Semasa pendapatan kewangan tersebut dikeluarkan, Activision Blizzard menyatakan bahawa Diablo Immortal telah bersedia untuk pelancaran global pada akhir tahun 2021. Namun, studio tersebut tidak menyatakan tarikh tepat pelancaran permainan itu. Diablo Immortal kini memasuki fasa kedua ujian, dan sedang menjalankan ujian Closed Alpha.
Sekiranya Diablo Immortal dilancarkan hujung tahun ini, Blizzard dan NetEase perlu mula berkongsi banyak maklumat dalam masa terdekat. Walaupun telah banyak persoalan diajukan dari peminat Diablo mengenai permainan ini, pihak pembangun masih tidak memberikan jawapan pada mereka sehingga tiba hari pelancaran.
Tambahan pula, Diablo Immortal dianggap sebagai salah satu daripada dua acara Diablo yang akan tiba untuk peminat francais ini. Selain permainan tersebut, Diablo II: Resolveded juga akan dilancarkan pada tahun 2021, untuk platform PC dan Nintendo Switch.
Buat masa ini, Blizzard belum lagi mengumumkan tarikh rasmi pelancaran bagi kedua-dua permainan tersebut. Jadi, jika tidak mahu ketinggalan mengenai berita dari mereka, anda boleh membaca liputan kami dengan menekan pautan ini.
Sumber: GameSpot

@gamersantaimy
Discussion about this post