Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Zaraki lawan “Kenpachi original”, Gotei 13 ada Kapten Komander baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Zaraki lawan “Kenpachi original”, Gotei 13 ada Kapten Komander baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap malam Isnin, Bleach: Thousand Year Blood War akan mengeluarkan episod baru dan nampaknya episod kali ini memfokuskan pada satu pertarungan besar antara dua watak paling brutal dalam siri Bleach. Secara lebih khusus, Zaraki Kenpachi dicabar untuk membuka potensi sebenarnya oleh Kapten 11 Division – Unohana Retsu, dalam pertarungan maut.

AMARAN! BERIKUT MENGANDUNGI SPOILER UNTUK BLEACH: TYBW EPISOD 9!

Episod 9 bermula dengan pendedahan bahawa Kyoraku Shunsui telah dilantik sebagai Kapten-Komander seterusnya untuk Gotei 13.

Selepas itu, adegan beralih kepada mesyuarat Shunsui bersama Central 46 (organisasi yang mentadbir Soul Society), di mana dia membincangkan tentang Kenpachi Zaraki yang perlu dilatih dalam ilmu Zanjutsu (seni pertempuran Zanpakuto). Di sini, dia membawa masuk Unohana Retsu, yang nama sebenar adalah Unohana Yachiru dan juga merupakan Kenpachi pertama dalam sejarah Bleach.

Selepas menunjukkan perkembangan Ichigo dan rakan-rakan yang semakin sembuh di Soul Palace, kita kembali ke Soul Society di mana Zaraki dan Unohana memasuki Muken (tingkat paling bawah), lokasi bagi pertarungan epik mereka. Selepas perbualan pendek, pertarungan mereka bermula dalam cara paling meletup dan ternyata “wanita lembut” itu jauh lebih kuat daripada apa yang kita sangka.

Selama bertahun-tahun, Unohana rupanya menyembunyikan sifat sebenarnya daripada penonton. Sebelum ini, dia nampak seperti seorang doktor lemah lembut di mata kita, tetapi sebenarnya, Unohana lebih dikenali sebagai Kenpachi pertama. Di zaman awal Soul Society, Unohana mempunyai reputasi gelap sebagai penjenayah paling zalim dalam sejarah. Disebabkan oleh Kapten Yamamoto, dia kemudian berhenti untuk bantu membentukkan Gotei 13.

Lama kelamaan, Zaraki mengambil alih gelaran Kenpachi dan Unohana memutuskan untuk mengambil perwatakan yang lebih “lemah”. Tetapi selepas pencerobohan Yhwach, nampaknya keadaan terpaksa berubah. Untuk mempersiapkan Kenpachi dan menjadikannya cukup kuat untuk melindungi Soul Society, mereka perlu bertarung hingga salah seorang mati.

Apa yang akan terjadi? Kita tunggu episod seterusnya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk spoiler, fakta dan trivia menarik, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachGotei 13Kenpachi
Previous Post

Tiket Comic Fiesta 2022 sold out, scalper jual tiket sehari hingga RM600!

Next Post

Peminat undi Boa Hancock sebagai wanita tercantik One Piece, kalahkan Nami & Robin!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Peminat undi Boa Hancock sebagai wanita tercantik One Piece, kalahkan Nami & Robin!

Peminat undi Boa Hancock sebagai wanita tercantik One Piece, kalahkan Nami & Robin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd