Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Soul Resonance Umum Beta ‘The Unsheathed Test’, Pra-daftar Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile
0 0
0
Bleach: Soul Resonance Umum Beta ‘The Unsheathed Test’, Pra-daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat anime kerana baru-baru ini, penerbit game Nuverse mengumumkan bahawa Bleach: Soul Resonance, game aksi mobile akan datang berdasarkan manga/anime popular yang sama, akan mengadakan ujian beta bertajuk ‘The Unsheathed Test’. Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak didedahkan lagi tetapi pemain yang berminat boleh pra-daftar untuk ujian itu sekarang.

Seperti saya kata tadi, pemain boleh pra-daftar untuk ujian beta Bleach: Soul Resonance melalui laman web rasmi permainan. Selepas melengkapkan survey, Nuverse kemudian akan memaklumkan pemain-pemain bertuah yang layak untuk beta melalui e-mel dari 22 Disember 2023 hingga 27 Disember 2023.

Kredit: Nuverse

Menurut pengumuman, mengisi soal selidik pendaftaran akan memberi peluang kepada pemain untuk memenangi Unsheathed Gift Pack. Selain itu, pemain yang mendaftar sebelum 8 Disember 2023, akan berpeluang untuk dipilih sebagai salah seorang daripada 50 pemenang bertuah untuk menerima Unsheathed Gift Pack serta Vanguard Gift Pack.

Tentang Bleach: Soul Resonance

Kredit: Nuverse

Bleach: Soul Resonance adalah game aksi 3D baharu untuk peranti mobile di mana peminat dapat mengalami pengembaraan protagonis Kurosaki Ichigo dan rakan-rakan ketika dia bertarung dengan pelbagai musuh termasuk Hollow, Shinigami, Arrancar dan banyak lagi.

Kredit: Nuverse

Dilesenkan secara rasmi oleh animasi TV, game Bleach: Soul Resonance menggabungkan visual terkini siri anime Thousand-Year Blood War (musim terbaru) ke dalam gameplay aksi 3D yang melibatkan pertarungan pedang.

Kredit: Nuverse

Kita akan bermain sebagai protagonis Ichigo Kurosaki untuk menyelamatkan Rukia Kuchiki, Orihime Inoue, dan dunia manusia. Alami semula setiap detik penting daripada jalan cerita asal dan berjuang untuk menjadi lebih kuat demi menyelamatkan semua orang.


Baca segala berita kami tentang francais Bleach di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETAbleachBleach: Soul ResonanceMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV Percuma di Steam Untuk Masa Terhad! Jom ke Sanctuary Ramai-ramai!

Next Post

Onmyoji Hadir Dengan Acara “Divinity’s Doom”, Bawakan Summon SSR Izanami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Onmyoji Hadir Dengan Acara “Divinity’s Doom”, Bawakan Summon SSR Izanami!

Onmyoji Hadir Dengan Acara "Divinity's Doom", Bawakan Summon SSR Izanami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd