Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Siapakah ibu Kurosaki Ichigo? *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Siapakah ibu Kurosaki Ichigo? *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Ibu Kurosaki Ichigo, protagonis kepada siri Bleach, jarang disebut dalam jalan cerita, tetapi dia sebenarnya memegang peranan yang sangat penting – terutamanya di saga terakhir. Kami hanya melihat ibu Ichigo pada permulaan siri, dan selepas itu dia tidak muncul lagi sehinggalah arc “Thousand-Year Blood War”. Di sini, kita akhirnya dapat tahu tentang identiti sebenar ibu Ichigo dan kepentingannya kepada keseluruhan cerita Bleach.

MAKLUMAT DI BAWAH MENGANDUNGI SPOILER UNTUK BLEACH: THOUSAND-YEAR BLOOD WAR!! TERUSKAN MEMBACA DENGAN HATI-HATI!!

Apa yang kita tahu?

Nama ibu Ichigo ialah Masaki Kurosaki. Dia merupakan seorang gadis yang riang dengan rasa tanggungjawab dan keadilan yang kuat. Selain itu, dia adalah jenis orang yang akan bertindak dahulu, baru berfikir – sifat yang kemudian diturunkan kepada anaknya, Ichigo.

Kali pertama kita melihat ibu Ichigo adalah semasa episod pertama Bleach. Dia berjalan bersama dengan Ichigo apabila seekor Hollow menyerang mereka. Malangnya, dia mati sambil melindungi anaknya. Sejak itu, hanya tinggal Ichigo sahaja bersama ayah dan adik perempuannya Karin, dan Yuzu. Bapa Ichigo, Isshin Kurosaki, adalah seorang doktor dengan klinik kecil sendiri di Bandar Karakura. Selepas kematian isterinya, dia tidak berkahwin lagi dengan wanita lain.

Menurut Ichigo, Masaki adalah “tiang” kepada keluarga Kurosaki dan merupakan individu yang mencurahkan 100% kasih sayang kepada setiap ahli keluarga. Disebabkan itu, seluruh keluarga Kurosaki dilanda kesedihan besar apabila mendapat tahu tentang kematiannya.

Ichigo bertanya “mengapa tiada siapa menyalahkan dia atas kematian ibunya”, di mana Isshin menjelaskan bahawa jika dia menyalahkan kematian isterinya ke atas Ichigo, Masaki pasti akan marah.

Bukan salah sesiapa yang Masaki meninggal dunia. “Wanita yang saya cintai…adalah seorang wanita yang sanggup mati melindungi anaknya.”

Apakah identiti sebenar Kurosaki Masaki?

Pertama sekali, Masaki adalah seorang Quincy berdarah tulen. Sebenarnya, dia adalah yang terakhir dari keturunan Quincy berdarah tulen daripada keluarga Kurosaki. Sejak kehilangan ibu bapa, Masaki tinggal bersama keluarga Ishida (keluarga Uryuu Ishida, salah seorang watak penting dan kawan baik Ichigo).

Pada masa itu, untuk mengekalkan darah tulen Quincy, Masaki ditetapkan untuk berkahwin dengan bapa Ishida, Ishida Ryuken. Walau bagaimanapun, Masaki diserang oleh seekor Hollow aneh ketika di sekolah menengah. Dia berjaya membunuh Hollow itu, tetapi mengalami beberapa luka “ringan”. Rupanya, secebis roh daripada Hollow itu berjaya meresap ke dalam roh Masaki dan mencemarkan ketulenannya.

Selepas mengetahui hal ini, keluarga Ishida memutuskan untuk membatalkan pertunangan. Masaki kemudian meninggalkan keluarga Ishida lalu berkahwin dengan Isshin, yang mengambil nama keluarga Kurosaki. Pada masa yang sama, Ryuken berkahwin dengan Quincy berdarah campuran bernama Katagiri. Anak lelaki pertama mereka ialah Uryuu Ishida.

Walaupun tidak berkaitan secara darah, hubungan antara Ichigo dan Uryuu sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang disangkakan.

Peranan Masaki dalam Bleach

Salah satu plot paling penting dalam Bleach ialah perjuangan Ichigo untuk melawan Hollow di dalam badannya. Dia berjaya mengawalnya, malah menggunakan kuasa itu untuk memenangi banyak pertarungan sukar.

Kita akhirnya dapat tahu bahawa Hollow dalam badan Ichigo sebenarnya datang daripada Hollow di dalam badan ibunya. Sebahagian daripada roh Masaki yang “tercemar” telah diturunkan kepada Ichigo dan merupakan kuasa yang sangat berguna untuk anaknya.

Bukan itu sahaja yang Ichigo terima daripada ibunya. Satu lagi kuasa yang diwariskan oleh ibunya adalah kuasa Quincy. Korang kena ingat, Masaki asalnya adalah Quincy berdarah tulen, jadi kekuatannya memang tidak boleh dipandang rendah.

Memandangkan saga terakhir adalah tentang peperangan antara Shinigami dan Quincy, kuasa tersembunyi ini yang membantu Ichigo untuk mengalahkan musuhnya.

Ichigo bukanlah manusia biasa yang dipilih untuk menjadi Shinigami dan kemudian menyelamatkan Soul Society. Dia sebenarnya adalah individu istimewa yang mempunyai kebolehan Shinigami, Hollow, dan Quincy, semuanya digabungkan dalam satu badan.

Pendek cerita, segala kuasa Hollow dan Quincy datang daripada ibunya, Kurosaki Masaki dan itulah peranannya dalam cerita Bleach.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk fakta dan trivia lain, sila tekan pautan ini.

Sumber – Bleach Wiki

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachKurosaki Ichigomanga
Previous Post

Giveaway Overwatch 2 – Komen untuk menang Watchpoint Pack bernilai RM190!

Next Post

BoBoiBoy Kuasa Tiga! Jom Kenali Kuasa Elemental Hebat Yang Diperkenalkan Dalam Siri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
BoBoiBoy Kuasa Tiga! Jom Kenali Kuasa Elemental Hebat Yang Diperkenalkan Dalam Siri!

BoBoiBoy Kuasa Tiga! Jom Kenali Kuasa Elemental Hebat Yang Diperkenalkan Dalam Siri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd