Thousand-Year Blood War ialah story arc terakhir dalam anime Bleach dan mempamerkan peperangan epik antara Soul Society dan empayar Quincy, di mana kedua-dua pihak mengalami banyak kerosakan. Memaparkan kisah paling gelap dan brutal setakat ini dalam siri, beratus-ratus orang telah mati dalam perang termasuk beberapa watak kegemaran. Siapakah yang mati dalam Bleach: Thousand Year Blood War?
Inilah senarai lengkap setakat episod terkini! *Senarai ini disusun bermula siapa yang mati dahulu dalam kisah Bleach terkini.*
Chojiro Sasakibe

Chojiro Tadaoki Sasakibe ialah leftenan Divisyen 1 di bawah pimpinan Genryusai Shigekuni Yamamoto. Dia mengekalkan jawatan ini sekurang-kurangnya 110 tahun.
Sasakibe dan ahli Division 1 yang lain diserang oleh Driscoll Berci di Seireitei. Dalam pertempuran itu, seramai 106 anggota dibunuh dan Sasakibe kemudian dibaling ke pejabat Yamamoto di mana badannya ditusuk oleh lembing milik Driscoll Berci.
Tidak lama selepas itu, dia meninggal dunia akibat kecederaan.

Luders Friegen

Luders Friegen ialah salah seorang askar Arrancar yang berkhidmat untuk Wandenreich.
Juga antara askar Quincy yang terlibat dalam penghapusan Divison 1, dia kembali ke pangkalan dan terjumpa Asguiaro Ebern yang cedera teruk sedang tunduk. Ketika mereka berdua bertengkar, Yhwach tiba-tiba memotong lengan Luders dan kata dia tidak suka orang bergaduh depannnya.
Akhirnya, Yhwach membunuhnya dengan melambaikan tangannya di mana kepala Luders meletup.

Asguiaro Ebern

Asguiaro Ebern ialah seorang lagi askar Arrancar yang berkhidmat untuk Wandenreich.
Gagal menewaskan Ichigo di bumi, Asguiaro kembali ke pangkalan Quincy. Selepas Luders dibunuh, Yhwach mengalihkan perhatiannya ke arah Asguiaro dan kata dia tidak akan ‘menyalah’ atau ‘memujinya’ kerana dia tidak berjaya mengalahkan Ichigo. Di sini, Asguiaro tidak diperlukan lagi lalu kepalanya dipenggal oleh Yhwach.

Hidetomo Kajomaru

Hidetomo Kajomaru ialah shinigami yang memegang posisi Ke-6 dalam Division 13 di bawah Kapten Jushiro Ukitake.
Apabila dia dan ahli lain dalam Division 13 berhadapan dengan Jugram Haschwalth, Hidetomo berjanji akan melindungi Soul Society dan tidak akan membiarkan walau satu Quincy pun mara. Hidetomo cuba berlawan, tetapi dibelah dua oleh Jugram.

Taketsuna Gori dan Asuka Katakura


Taketsuna Gori memegang posisi Ke-5 manakala Asuka Katakura memegang posisi Ke-6, kedua-duanya adalah shinigami dalam Division 3 Gotei di bawah Rojuro Otoribashi.
Bersama Leftenan Izuru Kira dan rakan-rakan dalam Division 3, mereka berdua hadir berhampiran salah satu tiang api biru yang disebabkan oleh pencerobohan Wandenreich.
Apabila diberitahu bahawa ada Quincy di dalam api tersebut, Izuru mengarahkan mereka untuk menyerang dengan cepat. Malangnya, mereka dua dibunuh oleh Bazz-B, yang menghempaskan kepala mereka ke tanah.

Riku Togakushi

Rikū Togakushi ialah shinigami yang memegang posisi Ke-3 dalam Division 3 di bawah pimpinan Rojuro Otoribashi.
Juga bersama Leftenan Izuru Kira dan rakan-rakan lain di Division, Riku melihat Izuru diserang hendap dan mengkritik mengarahkan Shinigami lain untuk membuka Shikai mereka bagi menyerang. Namun, Bazz-B melancarkan tembakan api dari hujung jari yang menghancurkan bahagian atas badan Riku, serta-merta membunuhnya.

Quilge Opie

Quilge Opie merupakan kapten pemburu eksekutif pertama untuk pasukan Jagdarmee (dianggap sebagai pasukan militari khas Wandenreich). Dia adalah ahli Sternritter dengan gelaran “J” – “The Jail”, dan dikenali sebagai Quilge Opie of “The Jail”.
Di Hueco Mundo, Quilge ditugaskan untuk merekrut Arrancar dan Hollow kuat ke dalam tentera Wandenreich.
Kebetulan dia dan Ichigo bertemu lalu bertarung. Hampir di ambang kekalahan, Quilge mengurung Ichigo di dalam sangkar Reishi supaya hero itu tidak pergi ke Soul Society untuk menyelamatkan semua orang.
Walau bagaimanapun, dia kemudian dibelah dua oleh sosok misteri (didedahkan sebagai Grimmjow Jaegerjaquez).

Driscoll Berci

Driscoll Berci ialah seorang Quincy dan ahli Sternritter (kumpulan Quincy terkuat) dengan gelaran “O” – “The Overkill”.
Merupakan Quincy yang membunuh Chojiro, dia berhadapan dengan Shuhei Hisagi, Leftenan kepada Division 9. Dengan mudah, Hisagi dikalahkan dan hampi dibunuh sebelum Kapten seluruh Gotei 13, Yamamoto datang memintas serangan Driscoll.
Walaupun Driscoll menyerangnya berkali-kali dengan Bankai milik Chojiro, Yamamoto muncul tanpa satu kecederaan dan membunuh Driscoll dengan kejam dengan satu libas daripada pedangnya, Ryujin Jakka. Libasan itu sungguh kuat hingga ia membakar daging dan menukar tulang Driscoll menjadi abu.

Jerome Guizbatt, Berenice Gabrielli dan Loyd Lloyd



Ketiga-tiga watak ini adalah askar Quincy dan merupakan ahli Sternritter dengan kuasa unik masing-masing. Jerome mempunyai gelaran “R” – “The Roar”, Berenice mempunyai gelaran “Q” – “The Question”
Setelah menerima arahan Yhwach, Jerome Guizbatt, Berenice Gabrielli dan Loyd Lloyd berkumpul di Seireitei untuk mengambil bahagian dalam pencerobohan Soul Society. Tidak lama selepas itu, mereka berhadapan dengan Kenpachi Zaraki, Kapten Division 11.
Walau bagaimanapun, ternyata Kenpachi lebih handal di mana dia membelah Jerome kepada dua, merobek leher Berenice Gabrielli dan Loyd dibunuh dalam cara yang tidak pasti.

Royd Lloyd

Royd Lloyd ialah adik kembar kepada Loyd Lloyd dan juga adalah ahli Sternritter dengan gelaran “Y” – “The Yourself”.
Memainkan peranan penting, Royd menyamar sebagai Yhwach, dan terpaksa menentang Kapten-Komander Genryusai Shigekuni Yamamoto.
Dalam pertempuran tersebut, lengannya hancur dan sebahagian besar daripada badannya dibakar oleh kuasa Yamamoto. Namun, itu semua sebahagian daripada rancangan Yhwach.
Tidak lama selepas ini, Yhwach sebenar tiba dan memuji Royd kerana bertarung dengan baik. Berlinang air mata, Royd berkata ia adalah satu penghormatan untuk dipuji oleh Yhwach lalu dia dibunuh oleh tuannya.

Genryusai Shigekuni Yamamoto

Yamamoto terkejut apabila dapat tahu pihak lawannya bukanlah Yhwach, tetapi Royd Lloyd.
Tiba-tiba, badannya dibelah dua – daripada bahu ke pinggang. Buat kali pertama dalam anime, Kapten Komander Yamamoto (yang disangka paling kuat dalam Bleach) berada di ambang mati lalu terjatuh ke tanah. Yhwach cuba untuk beredar tetapi Yamamoto memegang jubahnya menggunakan segala kudratnya. Pada ketika ini, tangan Yamamoto yang memegang jubah Yhwach turut dipotong.
Sebagai tindak balas, dia melepaskan serangan demi serang Reishi ke atas Yamamoto, lalu melenyapkan sepenuhnya badan Yamamoto. Satu-satunya yang tinggal hanya pedang Ryujin Jakka yang hangus dan patah.

Retsu “Yachiru” Unohana

Retsu Unohana, dahulunya dikenali sebagai Yachiru Unohana ialah bekas kapten kepada Division 4. Dia juga adalah salah seorang shinigami paling tertua dan antara kapten paling berpengalaman, serta merupakan penyembuh terbaik di Soul Society.
Apa yang orang tidak tahu adalah dia juga pernah berkhidmat sebagai kapten Division 11 dan adalah orang pertama yang menggunakan nama “Kenpachi”.
Selepas kekalahan mutlak mereka kepada askar Wandenreich, Unohana mengambil tanggungjawab untuk membuka potensi penuh Kenpachi Zaraki.
Dia membawa Zaraki ke tingkat terendah Central Great Underground Prison dan menceritakan tentang kisah mereka pada masa lalu, hubungan sebenar mereka dan bagaimana semuanya berkait serta bagaimana Zaraki sentiasa menahan diri daripada berlawan 100%. Maka, mulalah pertarungan maut ini.
Di penghujung perlawanan, kemenangan jatuh kepada Kenpachi Zaraki yang menusuk dada Unohana dengan pedangnya.

Maka, tamatlah senarai saya untuk watak yang mati dalam Bleach: Thousand Year Blood War! Harap maklum, ramai lagi askar Shinigami dan Quincy telah mati dalam peperangan ini tetapi saya tidak akan mengira kematian mereka yang tiada nama. Baca segala liputan kami tentang francais Bleach termasuk fakta dan trivia lain, spoiler, analisis, dan lain-lain di SINI!
Sumber – Wiki Fandom
ARTIKEL TAMAT DI SINI
@gamersantaimy
Discussion about this post