Dibangunkan oleh Tamsoft dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment, BLEACH Rebirth of Souls menghidupkan watak-watak ikonik dari dunia Bleach dalam game 3D arena fighter yang penuh aksi. Pemain boleh bertarung menggunakan Soul Reaper, Arrancar, serta pelbagai watak hebat lain daripada siri legenda ciptaan Tite Kubo.
Dengan senarai watak yang merangkumi pelbagai saga, peminat berpeluang merasai pengalaman bertarung sebagai Ichigo Kurosaki, Rukia Kuchiki, serta musuh digeruni seperti Sōsuke Aizen. Setiap watak mempunyai abiliti unik dan transformasi khas yang kekal setia kepada versi anime serta manga.
Berikut adalah senarai penuh watak yang boleh dimainkan dalam BLEACH Rebirth of Souls bersama gameplay rasmi mereka.
Watak Yang Sah Boleh Dimainkan
Ichigo Kurosaki – Awakening: Bankai (Tensa Zangetsu)
Ichigo Kurosaki (Bankai) – Awakening: Hollowfication | Reawakening: Full Hollowfication
Rukia Kuchiki – Awakening: Shikai Release (Sode no Shirayuki)
Uryū Ishida – Awakening: Ransōtengai | Reawakening: Letzt Stil
Yasutora Sado (Chad) – Awakening: Brazo Izquierda del Diablo
Byakuya Kuchiki – Awakening: Bankai (Senbonzakura Kageyoshi)
Yoruichi Shihōin – Awakening: Shunkō
Kisuke Urahara – Awakening: Shikai Release (Benihime)
Gin Ichimaru – Awakening: Bankai (Kamishini no Yari)
Rangiku Matsumoto – Awakening: Shikai Release (Haineko)
Tōushirō Hitsugaya – Awakening: Bankai (Daiguren Hyōrinmaru)
Kenpachi Zaraki – Awakening: Eyepatch Power Seal Release
Ulquiorra Shifar– Awakening: Resurrección (Murciélago) | Reawakening: Resurrección (Segunda Etapa)
Kaname Tōsen – Awakening: Bankai (Suzumushi Tsuishiki, Enma Kōrogi)
Soì-Fon – Awakening: Incomplete Shunkō
Renji Abarai – Awakening: Bankai (Hihiō Zabimaru)
Izuru Kira – Awakening: Shikai Release (Wabisuke)
Nelliel Tu Odelschwanck – Awakening: Resurrección (Gamuza)
Grimmjow Jaegerjaques – Awakening: Resurrección (Pantera)
Mayuri Kurotsuchi – Awakening: Bankai (Konjiki Ashizogi Jizō)
Sōsuke Aizen – Awakening: Hōgyoku Third Fusion | Reawakening: Hōgyoku Fourth Fusion
Shigekuni Genryūsai Yamamoto – Awakening: Full Power Ryūjin Jakka
Shinji Hirako – Awakening: Hollowfication
Szayelaporro Grantz – Awakening: Resurrección (La Lujuriosa)
Shunsui Kyōraku – Awakening: Full Power Katen Kyōkotsu
Sajin Komamura – Awakening: Bankai (Kokujō Tengen Myō’ō)
Shūhei Hisagi – Awakening: Shikai Release (Kazeshini)
Ikkaku Madarame – Awakening: Bankai (Ryūmon Hōzukimaru)
Nnoitra Gilga – Awakening: Resurrección (Santa Teresa)
Tier Halibel – Awakening: Resurrección (Tiburón)
Coyote Stark – Awakening (Colmillo)
Kaien Shiba – Awakening: Full power Shikai (Nejibana)
Ichigo Kurosaki – Final Getsuga Tenshō
Akan Ada Penambahan Watak?
Sehingga kini, sebanyak 28 watak telah disahkan boleh dimainkan dalam BLEACH Rebirth of Souls. Bandai Namco komited untuk menyediakan senarai watak yang pelbagai dengan gaya pertarungan unik bagi memastikan pengalaman gameplay yang lebih menarik.
Fokus utama buat masa ini adalah watak-watak daripada Soul Society Arc dan Arrancar Arc, selaras dengan jalan cerita yang meliputi sehingga penghujung Arrancar Saga.

Walaupun hanya 27 watak telah diumumkan setakat ini, BLEACH Rebirth of Souls dijangka akan terus berkembang dengan kandungan tambahan selepas pelancaran. Bandai Namco telah mengesahkan bahawa Season Pass akan memperkenalkan empat watak baharu daripada arc Thousand-Year Blood War.
Ini juga memberi petanda bahawa lebih banyak watak dari arc lain seperti Bount Arc dan seterusnya mungkin akan ditambah dalam kemas kini akan datang.
BLEACH Rebirth of Souls akan dilancarkan pada 21 Mac untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post