Akan dilancarkan pada 21 Mac 2025 untuk PS4, PS5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, BLEACH Rebirth of Souls akhirnya memberikan pengalaman aksi pertama di Jump Festa 2025, dengan demo yang boleh dimainkan serta dua video gameplay menarik yang memaparkan pemilihan watak dan mekanik gameplay.
Video pertama menampilkan pertarungan antara Ulquiorra Cifer dan Ichigo Kurosaki, menonjolkan mekanik gameplay “reverse your fate”.
Secara umum, ini bermakna “semakin terdesak situasi itu, semakin kuat anda akan jadi” di mana pemain dapat membuka transformasi hebat seperti Bankai atau Resurrección.
Gameplay kedua BLEACH Rebirth of Souls pula memaparkan pertarungan antara Tōshirō Hitsugaya dan Gin Ichimaru, mempamerkan kebolehan Bankai ikonik kedua-dua watak dengan segala visual animasi memukau.
Setakat ini, peminat BLEACH boleh gembira dengan senarai watak yang boleh dimainkan, yang merangkumi wira dan penjahat ikonik daripada siri ini. Berikut adalah senarai penuh watak yang disahkan:
- Ichigo Kurosaki (Bentuk Standard & Bankai)
- Rukia Kuchiki
- Uryū Ishida
- Yasutora Sado
- Byakuya Kuchiki
- Yoruichi Shihōin
- Kisuke Urahara
- Gin Ichimaru
- Rangiku Matsumoto
- Tōshirō Hitsugaya
- Kenpachi Zaraki
- Ulquiorra Cifer
- Kaname Tōsen
- Suì-Fēng
- Renji Abarai
- Izuru Kira
- Nelliel Tu Odelschwanck
- Grimmjow Jaegerjaquez
- Mayuri Kurotsuchi
- Sōsuke Aizen
- Genryūsai Shigekuni Yamamoto
- Shinji Hirako
Anda boleh baca lebih lanjut tentang gameplay dalam artikel lama kami di SINI. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk pre-order serta menyertai pertempuran epik di Soul Society!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post