Pada hujung minggu lepas, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan BLEACH Rebirth of Souls, sebagai game konsol terbaharu dalam francais. Game ini akan dikeluarkan pada PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan pada PC melalui Steam, tetapi malangnya, tidak mendedahkan tarikh keluaran rasmi.
Selain itu, trailer baharu yang memperkenalkan beberapa watak dan rakaman gameplay turut dimuat naik, yang anda boleh tonton di bawah:
Menurut maklumat oleh Bandai Namco, ini ialah game 3D Arena Fighter di mana pemain akan dapat “memilih watak kegemaran mereka” lalu mengalami kebolehan unik masing-masing dengan mata sendiri.
Bersama grafik cantik yang sesuai pada era kini, dan gameplay yang mengikut trend terkini; pemain bukan sekadar akan memakai protagonis Kurosaki Ichigo sahaja, kerana ramai watak juga akan tersedia dalam game, di mana gameplay berbentuk variasi ditentukan oleh pedang Zanpakuto mereka.

Tidak pernah dilihat dalam mana-mana fighting game anime lain, Bleach: Rebirth of Souls menawarkan mekanik khas – di mana ia memberi peluang kepada pemain untuk mengalahkan musuh dengan hanya satu serang. Bandai Namco menjelaskan hal ini secara ringkas, bahawa “semakin terdesak keadaan, semakin kuat lah pemain.”
Selain itu, pemain dapat membuka “transformasi dan pedang baharu” dalam Bleach: Rebirth of Souls. Watak akan “bangkit” menggunakan “Shikai, Bankai, Resurrección,” dan lain-lain lalu menjadi lebih kuat. Ini boleh membalikkan keadaan dalam keadaan genting dan mengubah arus pertempuran.

Bandai Namco juga mengusik bahawa game ini akan menyokong 1-2 multiplayer secara local dan online.
Antara watak-watak yang muncul dalam trailer termasuk:
- Kurosaki Ichigo
- Kuchiki Rukia
- Ishida Uryū
- Sado Yasutora
- Inoue Orihime
- Abarai Renji
- Kuchiki Byakuya
- Shihōin Yoruichi
- Urahara Kisuke

Sebagai salah satu siri anime terbaik pada era 2000-an, francais Bleach mempunyai sejarah yang luas dalam industri permainan video. Game konsol pertama ialah Bleach: Heat the Soul – sebuah fighting game yang dikeluarkan untuk PSP secara eksklusif di Jepun. Kali terakhir kita melihat game konsol Bleach ialah ‘Bleach: Soul Resurrección’ (dikenali sebagai Bleach: Soul Ignition di Jepun) yang dikeluarkan pada 2011 di PlayStation 3.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, majoriti game Bleach hanya dibuat untuk platform mobile sahaja, yang bermakna sudah lama kita tidak melihat game Bleach baharu di konsol, apatah lagi di konsol moden. Nasib baik, semua ini akan berubah tidak lama lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post