Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Rebirth of Souls Akan Datang 21 Mac 2025 – Pre-Order Kini Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Bleach: Rebirth of Souls Akan Datang 21 Mac 2025 – Pre-Order Kini Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiaplah untuk menghunus Zanpakuto anda dan melepaskan Spiritual Pressure! Bandai Namco dan pembangun Tamsoft telah mengumumkan secara rasmi bahawa game aksi pertarungan yang dinanti-nantikan, Bleach: Rebirth of Souls, akan dilancarkan pada 21 Mac 2025. Game ini akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, dan PC melalui Steam.

Dengan pre-order kini dibuka, peminat boleh mendapatkan salinan game lebih awal serta menerima ganjaran eksklusif dalam game, termasuk set kostum Toshiro Hitsugaya dan Yoruichi Shihoin Thousand-Year Blood War.

Sebagai sebahagian daripada pengumuman pelancaran ini, Bandai Namco dan Tamsoft turut memperkenalkan dua watak ikonik yang akan menyertai barisan watak: Aizen Sosuke dan Yamamoto Genryusai Shigekuni.

Aizen Sosuke

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dahulu merupakan Kapten Skuad 5, Aizen terkenal kerana pengkhianatannya terhadap Soul Society. Spiritual Pressure miliknya yang luar biasa serta kebolehannya untuk memanipulasi persekitaran menjadikannya salah satu lawan paling berbahaya dalam game. Gaya pertarungan Aizen berfokus kepada mengeksploitasi kelemahan lawan, membalikkan keadaan dengan serangan strategik yang penuh muslihat.

Yamamoto Genryusai Shigekuni

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sebagai Head Captain yang dihormati dalam Gotei 13, Yamamoto memakai Ryujin Jakka, Zanpakuto berunsur api paling kuat yang mampu membakar segala-galanya menjadi abu. Kehebatan luar biasa dalam kawalan api serta ketangkasan taktikalnya menjadikannya satu kuasa yang sukar ditewaskan di medan pertempuran.

Gameplay Asas

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bleach: Rebirth of Souls memperkenalkan sistem gameplay menarik yang menekankan strategi, masa, dan kemahiran. Pemain mesti mengatasi lawan dengan membaca pergerakan mereka, menyerang, bertahan, dan menyerang balas sambil mengurus Reishi (health point) dan Konpaku (nyawa).

  • Reishi Gauge dan Konpaku: Pemain mesti mengurangkan Reishi musuh untuk membuka peluang menghancurkan Konpaku mereka. Kemenangan dicapai apabila semua Konpaku lawan dimusnahkan.
  • Kikon Move: Serangan akhir yang berkuasa ini boleh menghapuskan Konpaku musuh apabila Reishi mereka jatuh di bawah 30% atau ketika dalam keadaan Guard Break. Namun, penggunaan yang tidak tepat boleh mengurangkan keberkesanannya, menjadikan masa penggunaan sangat penting.
  • Quick Attack: Serangan pantas yang membina Spiritual Power dan melemahkan pertahanan lawan.
  • Flash Attack: Serangan yang lebih berat yang menyebabkan damage besar pada Reishi dan membuka peluang untuk kombo.
    • Kedua-dua serangan ini boleh digabungkan dengan kebolehan Hohô untuk mencipta kombo yang dahsyat, meningkatkan tekanan terhadap lawan.
Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kebolehan Khas

Kredit: Bandai Namco Entertainment
  • Signature Move: Aksi unik setiap watak yang boleh digunakan tanpa menggunakan gauge, membolehkan pemain menyerang atau bertahan dengan konsisten.
  • Spiritual Pressure Move: Dihidupkan dengan Spiritual Power yang terkumpul, serangan ini boleh mengubah keadaan pertempuran apabila digunakan secara strategik.

Mod Awakening: Shikai, Bankai, dan Resurrección

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pemain boleh mengaktifkan Mod Awakening dengan mengumpulkan Fighting Spirit yang mencukupi, membolehkan transformasi ikonik Bleach seperti Shikai, Bankai, dan Resurrección. Awakening meningkatkan keupayaan watak secara drastik serta kuasa pemusnahan Konpaku, menjadikannya mekanisme penting dalam situasi pertempuran yang genting.

Tandakan kalendar pada 21 Mac 2025, dan jangan lepaskan peluang untuk pre-order serta menyertai pertempuran epik di Soul Society! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bleach: Rebirth of Souls
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Kong: Survivor Instinct – Aksi Epik dengan Ruang untuk Peningkatan

Next Post

Kereta konsep “Perodua Ativa Fuze” Dilengkapi PS5 Dalaman, Sesuai Untuk Gamer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kereta konsep “Perodua Ativa Fuze” Dilengkapi PS5 Dalaman, Sesuai Untuk Gamer!

Kereta konsep "Perodua Ativa Fuze" Dilengkapi PS5 Dalaman, Sesuai Untuk Gamer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd