Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Kuchiki Rukia akhirnya tunjuk Bankai penuh, Hakka no Togame!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Kuchiki Rukia akhirnya tunjuk Bankai penuh, Hakka no Togame!
Share on FacebookShare on Twitter

Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 – The Separation menceritakan kesinambungan perang antara pihak Shinigami dan Quincy. Walaupun kalah semasa pertembungan pertama, geng Shinigami telah menjalani latihan khas di mana masing-masing kini mempunyai kuasa untuk menyaingi musuh mereka, termasuk Kuchiki Rukia yang akhirnya menggunakan Bankai buat kali pertama dalam anime!

Kredit: Studio Pierrot

Sebagai rumusan: Bleach: Thousand-Year Blood War episod 19 menyaksikan Rukia menghadapi As Nodt (salah satu askar Quincy menakutkan), yang pernah mengalahkan abangnya Kuchiki Byakuya dengan mudah. Selepas membuka potensi sebenar Zanpakuto-nya berkat latihan bersama Skuad Zero, Rukia kemudiannya melepaskan kuasa penuh Bankai-nya, Hakka no Togame.

Selepas menunjukkan kuasa penuh, episod 19 berakhir di mana Rukia menamatkan pertarungan dalam sekelip mata sebelum As Nodt dapat sedar.

Kredit: Studio Pierrot

Apakah kuasa Bankai milik Rukia?

Nama penuh Bankai Rukia adalah Hakka no Togame (“White Haze Punishment” dalam bahasa inggeris) yang mengubah kedua-dua rupa fizikalnya dan pakaian yang dia pakai secara dramatik.

Rupa penampilan

Kredit: Studio Pierrot

Dalam bentuk itu, Rukia memakai kimono putih paras buku lali dengan corak bergaris. Jubah itu mempunyai reka bentuk berhias di bahagian kolar, dan bahu dengan lengan yang panjang dan lebar. Terdapat reben panjang yang diikat di belakangnya. Dia turut mempunyai mempunyai rekaan bunga ais kecil di tengah dada, dan mahkota ais yang memanjang di sisi kepala. Rambut Rukia menjadi putih, dan bilahnya menjadi ais.

Kebolehan

Kredit: Studio Pierrot

Hakka no Togame akan meningkatkan jarak kawasan abiliti dan membuatkan suhu menjadi sifar mutlak. Selepas dilancarkan, sebuah tiang kabus sejuk akan naik ke udara dari lokasi Rukia. Apabila menghala pedang ke arah musuh, Rukia akan melepaskan gelombang sejuk beku yang besar yang membekukan apa-apa sahaja dalam laluannya kepada sifar mutlak. Bersentuhan fizikal dengan Rukia juga menyebabkan orang lain mula membeku kerana badannya yang terlalu sejuk.


https://www.youtube.com/watch?v=t6nc4reuQ6w&ab_channel=Nanami

Seperti saya kata tadi, ini kali pertama kita dapat melihat Rukia menggunakan Bankai di dalam anime, jadi saya faham mengapa ramai peminat teruja. Jika korang ingin tonton dengan mata sendiri, Bleach: Thousand-Year Blood War episod 19 kini boleh ditonton di halaman rasmi seperti Netflix dan Disney+ Hotstar.

Apa pendapat korang tentang Bankai milik Rukia? Saya juga pernah menulis tentang lapan Bankai paling kuat dalam siri yang korang boleh baca di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebankaibleachRukia
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Kenali Cursed Technique Terkuat Dalam Siri!

Next Post

Besar sangat! Saiz update Genshin Impact 4.0 sebesar 64GB di PC, 10GB di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Besar sangat! Saiz update Genshin Impact 4.0 sebesar 64GB di PC, 10GB di Mobile!

Besar sangat! Saiz update Genshin Impact 4.0 sebesar 64GB di PC, 10GB di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd