Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Bankai milik Kapten Yamamoto didedahkan, kuasa Api paling kuat dalam siri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 16, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Bankai milik Kapten Yamamoto didedahkan, kuasa Api paling kuat dalam siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Episod terbaru Bleach: Thousand-Year Blood War telah ditayangkan beberapa hari lepas, dan akhirnya selepas bertahun-tahun menunggu, Yamamoto Genryusai Shigekuni (kapten Divisyen 1 dan Kapten-Komander seluruh Gotei 13) telah mara ke medan perang untuk mengalahkan Yhwach. Mengaku antagonis kali ini juga sama kuat seperti dirinya, Yamamoto terpaksa mendedahkan Bankai yang dikatakan adalah kuasa api paling unggul dalam Soul Society.

AMARAN! Spoiler Bleach: Thousand-Year Blood War di bawah!

Dalam episod terbaru Bleach:TYBW, Kapten Yamamoto akhirnya mengeluarkan Bankai yang diberi nama Zanka no Tachi.

Secara ringkas, Zanka no Tachi menumpukan semua kuasa api ke dalam katana; di mana ia boleh membakar apa sahaja daripada kewujudan. Pada masa yang sama, ia mempunyai kesan sampingan iaitu menghasilkan gelombang haba yang menyejatkan air di seluruh kawasan (sekurang-kurangnya sebesar Soul Society).

Malah Daiguren Hyorinmaru (Bankai milik Toshiro Hitsugaya dan merupakan Bankai unsur ais paling kuat), juga tidak boleh digunakan kerana aisnya akan cair akibat kepanasan Zanka no Tachi.

Menurut Yamamoto, kedua-dua katana dan badannya diliputi oleh api matahari yang mencapai suhu lebih 15,000,000 darjah. Oleh itu, ia mustahil untuk menyentuh Yamamoto semasa dia menggunakan Bankai. Bukan itu sahaja, tahap kepanasan yang dihasilkan sangat tinggi, sehingga api pun tidak muncul lantas memberi imej katana tanpa bilah (hanya pemegang sahaja).

Malah Unohana Retsu (kapten 4th Division) percaya bahawa api Zanka no Tachi boleh membakar keseluruhan Soul Society jika dibiarkan aktif terlalu lama.

Pada masa yang sama, Bankai ini turut mempunyai satu lagi kemahiran unik. Sambil menusuk hujung pedang ke dalam tanah, Yamamoto dapat menyeru mayat orang yang dibunuh oleh apinya untuk tampil lalu bertarung bagi pihaknya.


Daripada episod ini sahaja, kita dapat melihat kekuatan Yamamoto Genryusai Shigekuni dan sebab-sebab mengapa dia layak menjadi Kapten Komander seluruh Gotei 13. Namun, itu pun tidak cukup untuk menghentikan Yhwach yang berjaya membunuh Yamamoto di penghujung episod enam.

Lebih banyak info tentang Yamamoto akan didedahkan di episod seterusnya! Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk fakta dan trivia lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bankaibleachYamamoto
Previous Post

Candy Crush Saga kini berumur 10 tahun – sudah sedekad di pasaran!

Next Post

Insurgency Sandstorm & Warhammer 40,000: Darktide bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Insurgency Sandstorm & Warhammer 40,000: Darktide bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini

Insurgency Sandstorm & Warhammer 40,000: Darktide bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd