Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blair Witch & Ghostbusters: Remastered kini percuma di Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC
0 0
0
Blair Witch & Ghostbusters: Remastered kini percuma di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini sudah Jumaat, yang bermaksud bahawa Epic Games Store sekali lagi mempunyai sepasang permainan video percuma untuk kita semua. Halloween hampir tiba, dan pilihan minggu ini adalah berdasarkan beberapa filem yang menjadi kegemaran musim seram! Pengguna dapat tebus Ghostbusters: The Video Game Remastered dan Blair Witch untuk waktu yang terhad. Kedua-dua permainan kini boleh didapati sekarang, tetapi mereka yang ingin menebusnya harus melakukannya sebelum 6 November jam 12 pagi. Selepas tarikh tersebut, pengguna akan mendapat Wargame: Red Dragon sebagai pilihan percuma seterusnya.

Blair Witch adalah permainan terbaru daripada pakar seram Bloober Team. Diilhamkan oleh filem seram klasik, Blair Witch melihat anda bermain sebagai Ellis, seorang bekas polis dengan masa lalu bermasalah ketika dia pergi mencari seorang budak lelaki yang hilang di Black Hills Forest berhampiran Burkittsville, Maryland. Pemain akan mengalami mimpi buruk yang tidak berkesudahan ketika menghadapi ketakutan dalam diri sendiri dan Blair Witch, entiti misteri yang menghantui hutan tersebut.”

Ghostbusters: The Video Game Remastered adalah remaster kepada permainan action-adventure yang sangat digemari pada 2009. Ia mendapat sambutan positif daripada para pengkritik dan peminat setelah pelancaran dan walaupun remaster ini dihasilkan oleh Saber Interactive, banyak yang setuju bahawa lebih banyak yang dapat dilakukan untuk menggilapnya untuk sistem moden. Namun, Ghostbusters: Video Game Remastered adalah permainan yang hampir sama daripada tahun 2009, dan masih dinikmati oleh banyak pihak.

Mereka yang mungkin tidak mempunyai masa untuk membeli permainan video baru akan gembira mengetahui bahawa, setelah ditebus, permainan video percuma daripada Epic Games Store akan kekal di perpustakaan pengguna, dan dapat diakses pada bila-bila masa saja. Memandangkan jumlah permainan video di Epic Games Store sangat banyak, ini adalah pilihan yang bagus, dan tiada alasan untuk kamu tidak menebuskannya ketika ia masih percuma!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blair Witchepic games storeGhostbusters: The Video Game Remasteredhalloween
Previous Post

The Ascent permainan RPG Aksi ini akan datang ke Xbox Series dan PC tahun 2021!

Next Post

Tarikh pelancaran RPG baru BRAVELY DEFAULT II disahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tarikh pelancaran RPG baru BRAVELY DEFAULT II disahkan!

Tarikh pelancaran RPG baru BRAVELY DEFAULT II disahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd