Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blackpink In Your Area! PUBG Mobile mengadakan konsert virtual bersama Blackpink!

safwan by safwan
July 13, 2022
in Acara, Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Game Online, iOS, Kolaborasi, Mobile Game, Multiplayer
0 0
0
Blackpink In Your Area! PUBG Mobile mengadakan konsert virtual bersama Blackpink!
0
SHARES
214
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Krafton sekali lagi menjemput kumpulan K-pop terkenal dan popular iaitu Blackpink bagi mengadakan konsert virtual dan acara in-game PUBG Mobile. Konsert virtual akan berlangsung dua kali pada 23 Julai hingga 24 Julai 2022 dan 30 Julai hingga 31 Julai 2022.

'BLACKPINK X PUBG MOBILE 2022 IN-GAME CONCERT: [THE VIRTUAL]' Coming soon!

North & South America:22nd-23rd and 29th-30th July
Rest of the World: 23rd-24th and 30th-31st July #BLACKPINKxPUBGM #BLACKPINK #PUBGMOBILE #THEVIRTUAL #INGAMECONCERT @BLACKPINK pic.twitter.com/anHLiGioVy

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) July 12, 2022

Melalui kolaborasi ini, Blackpink akan menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti “How You Like That, Boombayah” dan banyak lagi. Mereka juga akan mengeluarkan lagu bersama video muzik khas untuk acara ini. PUBG Mobile akan kongsikan lagu tersebut di dalam game dan juga media sosial mereka.

Setiap kolaborasi mesti akan ada kostum yang menarik. Kali ini, pemain boleh mendapatkan kostum yang Blackpink pakai semasa konsert. Anda boleh mendapatkannya bermula 23 Julai sehingga 31 Ogos 2022. Mereka juga akan menyediakan item kolaborasi seperti kapal terbang dan “air drop” yang bertemakan Blackpink.

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mengadakan acara kejutan di mana pemain perlu bersaing mengumpulkan “light stick” untuk mendapatkan album kumpulan K-pop yang telah ditandatangan oleh mereka. PUBG Mobile juga memberikan kostum secara berperingkat dengan mengumpulkan “light stick”.

Dengar saja pun dah rasa tertarik untuk sertai acara ini. Jadi, anda akan memerlukan tiket untuk menyertai acara ini dan boleh didapatkan secara percuma bermula 15 Julai 2022. Pemain juga perlu download “concert resource pack” bagi menyertai acara ini pada 16 Julai 2022.

Kolaborasi bersama Blackpink merupakan konsert virtual pertama yang diadakan dalam PUBG Mobile. Sebelum mengadakan konsert virtual, PUBG Mobile Malaysia akan mengeluarkan kolaborasi bersama filem terkenal dan popular Malaysia iaitu KL Gangster. Dalam kolaborasi itu, mereka akan menampilkan Shark dan Malek.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa konsert virtual ini akan diadakan dua kali iaitu pada 23 Julai hingga 24 Julai 2022 dan 30 Julai hingga 31 Julai 2022. Bagi menyertai konsert tersebut, anda perlu mendapatkan tiket secara percuma bermula 15 Julai 2022. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai PUBG Mobile daripada kami.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blackpinkkonsert Virtualpubg mobilePUBG Mobile x Blackpink
Previous Post

Pelbagai mode, perk, upgrade dan map multiplayer COD Modern Warfare 2 telah dibocorkan!

Next Post

Destroy All Humans! 2 Reprobed akan datang 30 Ogos ini! Harga bermula RM 79!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Destroy All Humans! 2 Reprobed akan datang 30 Ogos ini! Harga bermula RM 79!

Destroy All Humans! 2 Reprobed akan datang 30 Ogos ini! Harga bermula RM 79!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd