Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Panther: Wakanda Forever – Apa berlaku di post-credit scene? (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Movie/siri
0 0
0
Black Panther: Wakanda Forever – Apa berlaku di post-credit scene? (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Kini ditayangkan di pawagam Malaysia, Black Panther: Wakanda Forever menampilkan Shuri sebagai protagonis terbaru selepas kematian T’Challa aka Black Panther. Seperti yang korang semua tahu, filem MCU terkenal kerana mempunyai banyak “post-credit scene” menarik, tetapi bagaimana pula dengan filem kali ini? Bagi peminat besar Marvel di luar sana yang tertanya apa yang terjadi di penghujung Black Panther: Wakanda Forever, izinkan saya jelaskan apa yang berlaku di post-credit scene.

AMARAN! SPOILER UNTUK BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER – POST-CREDIT DI BAWAH!

Wakanda Forever hanya menampilkan satu post-credit scene sahaja.

Dalam filem, kita mendapat tahu bahawa Nakia (Lupita Nyong’o) tidak kembali ke Wakanda selepas kematian T’Challa, dan sebaliknya memulakan kerja sukarelawan di Haiti – di mana dia kembali selepas membantu dalam pertarungan Wakanda vs Talokan (empayar bawah laut milik Namor).

Dalam adegan mid-credit, Shuri menziarah negara Haiti untuk menyelesaikan upacara Wakanda yang mengharuskan dirinya membakar pakaian pengebumian untuk menamatkan proses berduka.

Di sana, Nakia kemudian bertemu Shuri di pantai sambil membawa seorang budak lelaki. Bernama Toussaint, rupanya budak itu adalah “Prince” T’Challa, anak kepada King T’Challa bersama Nakia yang dibesarkan secara rahsia.

Ramonda (ibu T’Challa) juga tahu tentang kewujudan anak T’Challa dan mereka bertiga membuat keputusan untuk membesarkannya di Haiti untuk supaya jauh daripada bahaya ancaman musuh Wakanda dan tidak perlu fikir tentang urusan pewaris takhta.

Setelah kredit akhirnya tamat, sebuah mesej akan muncul yang memberitahu Black Panther sememangnya akan kembali. Ini kemungkinan besar bermaksud bahawa Shuri akan kembali sebagai Black Panther dalam projek MCU akan datang.


Bagi mereka yang berminat, jangan lupa untuk tonton Black Panther: Wakanda Forever sekarang di pawagam terdekat! Untuk membaca segala liputan kami tentang filem ini termasuk review dan fakta menarik, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Panther: Wakanda Foreverpost-credit sceneSpoiler
Previous Post

Hampir 100 Jam! Ketahui Game Single-player Yang Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihabiskan!

Next Post

Network Test Blue Protocol kini dibuka – bakal dilancarkan pada musim bunga 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Network Test Blue Protocol kini dibuka – bakal dilancarkan pada musim bunga 2023

Network Test Blue Protocol kini dibuka - bakal dilancarkan pada musim bunga 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd