Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Myth: Wukong Pecah Rekod Di Steam – Kalahkan Dota 2, Counter Strike, Elden Ring!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC, PS5, Steam
0 0
0
Black Myth: Wukong Pecah Rekod Di Steam – Kalahkan Dota 2, Counter Strike, Elden Ring!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun hanya dilancarkan dua hari lepas, Black Myth: Wukong berjaya memecahkan rekod demi rekod di platform Steam. Dicipta oleh Game Science, game action-adventure tersebut kini memegang tempat ke-2 sebagai “game dengan jumlah pemain serentak paling banyak dalam sejarah Steam”.

Hanya dalam beberapa jam sejak pelancaran global, game ini menjadi judul single-player dengan pemain paling banyak di Steam. Setakat artikel ini ditulis, lebih 1.3 juta pemain sedang menikmati Black Myth: Wukong, manakala rekod sepanjang masa adalah 2.3 juta pemain yang aktif sekaligus – satu rekod yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk game single-player.

Kredit: SteamDB

Pencabar paling rapat pun adalah Elden Ring (953,426) dan Cyberpunk (2077 1,054,388) yang masih jauh daripada rekod yang ditetapkan oleh Black Myth: Wukong.

Pada masa yang sama, Black Myth: Wukong juga merupakan game kedua paling popular dalam sejarah Steam, jauh lebih popular daripada Counter-Strike, Dota 2, Apex Legends, Call of Duty, Among Us, Grand Theft Auto V, Monster Hunter: World dan banyak lagi – masing-masing gergasi dalam industri gaming.

Kredit: Game Science

Harap maklum, angka ini baru sahaja di Steam, kerana jumlah pemain di Epic Store dan PlayStation 5 masih belum diambil kira. Hal ini cukup untuk menyerlahkan pencapaian Black Myth: Wukong yang mengagumkan. Dari segi ulasan, game ini mempunyai penilaian “Overwhelmingly Positive” daripada total lebih 220,000 ulasan.

Jika pencapaian positif ini dapat diteruskan, barangkali Black Myth: Wukong akan menjadi game terbaik pada tahun 2024, dan salah satu karya paling dihargai dalam industri gaming. Jika berminat, game ini kini tersedia di PlayStation 5 dan PC, diikuti oleh versi Xbox Series X|S yang akan diumumkan pada kemudian hari.

Kredit: Game Science
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: Wukongsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Aplikasi “holoplus” Tersedia Untuk Download, Berita Terkini Tentang Oshi Anda!

Next Post

Secret Level — Siri Animasi Yang Menampilkan Francais Game Kegemaran Dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Secret Level — Siri Animasi Yang Menampilkan Francais Game Kegemaran Dunia!

Secret Level — Siri Animasi Yang Menampilkan Francais Game Kegemaran Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd