Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Wizard King rupanya Devil terkuat, plot twist terbesar dalam siri

safwan by safwan
April 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover: Wizard King rupanya Devil terkuat, plot twist terbesar dalam siri

Twitter @RancoReviews & @Razen

Share on FacebookShare on Twitter

Manga Black Clover telah mengejutkan ramai peminat dengan pendedahan villain terbaru yang selama ini bersembunyi di Clover Kingdom dalam bab terbaru. Siri manga original Yuki Tabata telah menamatkan arc Spade Kingdom Raid secara rasmi dengan bab terbarunya.

Sebelum Asta dan yang lain dapat meraikan kemenangan, terdapat ancaman yang lebih besar muncul dengan lebih jelas. Dengan manga kini sedang bersiap sedia untuk arc terakhir, siri ini ditinggalkan dengan cliffhanger terbesar yang pernah ada dalam siri Black Clover ini.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 331“And The Time Starts To Move”

Dalam bab sebelum ini, kita telah didedahkan bahawa ancaman sebenar siri itu berterusan apabila Adrammelech mengambil jantung Lucifero dan melarikan diri. Pada pengakhiran bab terbaru, kita dapat lihat di mana dan kepada siapa Adrammelech bawa jantung tersebut.

Ini semua adalah sebahagian daripada rancangan adik beradik keempat, Lucius Zogratis. Ternyata identiti seseorang itu sangat dikenali oleh peminat dan rupa-rupanya kejutan tersebut telah pun diacah dalam teaser bab sebelum ini.

Bab 331 manga Black Clover melihat Damnatio bertemu dengan Julius Novachrono dan menjelaskan bahawa melalui penyelidikannya, dia telah mendapati bahawa Megicula bukanlah salah satu devil yang memerintah Underworld dan dia percaya bahawa Megicula hanya menggantikan ketiadaan Astaroth, Time Devil.

Buat masa sekarang, terdapat seorang sahaja yang mempunyai Time Magic iaitu Julius Novachrono. Tidak lama selepas itu, Lucius Zogratis memunculkan dirinya yang bersembunyi di dalam Julius selama ini.

Dalam bab ini, kita boleh nampak yang Julius berasa seperti sesuatu yang besar akan muncul pada permulaan arc. Apabila Patry dan Eye of the Midnight Sun mulakan serangan pada permulaan manga ini, Julius telah menyedari bahawa dia mempunyai dua jiwa dalam satu badan. Kemudian, Patry merujuk kepada fakta bahawa Julius mempunyai kekuatan yang luar daripada jangkaan manusia.

pic.twitter.com/KrhmPGLZNZ

— SecTioN | Vtuber 🇵🇸 (@sectionya) April 21, 2022

Sebelum ini, terdapat beberapa video pembukaan anime Black Clover menunjukkan Julius dalam cahaya yang lebih gelap. Bapa Gordon sebelum ini pernah menggunakan kuasa magiknya untuk mengimbas keseluruhan Clover Kingdom dan mendapati bahawa terdapat kuasa magik yang besar sedang bersembunyi di royal capital.

Kini, teori yang mengatakan Julius mempunyai Time Devil menjadi kenyataan apabila Julius Novachrono bertukar menjadi Lucius Zogratis. Nak dijadikan cerita, Julius sendiri pun tidak mengetahui mengenainya.

Nampaknya, Yuki Tabata telah lama merancang untuk ia berakhir seperti ini, kita sebagai pembaca sahaja yang lalai. Jadi, apa pendapat korang tentang villain baharu yang merupakan Wizard King dalam Black Clover? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih berita menarik tentang Black Clover, sila klik pautan ini.

Sumber: Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Clover
Previous Post

Garmin Malaysia mengumumkan Smartwatch One Piece rekaan Luffy, Zoro, & Chopper

Next Post

Gayakan setup anda bersama aksesori terbaru Secretlab MAGNUS Metal Desk

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gayakan setup anda bersama aksesori terbaru Secretlab MAGNUS Metal Desk

Gayakan setup anda bersama aksesori terbaru Secretlab MAGNUS Metal Desk

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd