Story arc Spade Kingdom telah mencapai fasa baru ketika trio Dark Triad bersiap sedia untuk membuka pintu gerbang Underworld. Walaupun hanya dapat menggunakan 70–80% kuasa Devil, setiap ahli Dark Triad nampaknya cukup kuat untuk melawan wira terhebat Clover Kingdom. Namun, wira-wira kami terpaksa menghadapi masalah yang lagi besar kerana kuasa Devil mereka nampaknya 100% dibuka!
Black Clover, Ch. 280: The Spade Kingdom unleashes horror after horror! Is there any hope? Read it FREE from the official source! https://t.co/ZzBKd4qHKp pic.twitter.com/724epCpqYs
— Shonen Jump (@shonenjump) January 31, 2021
Bab terbaru manga mengesahkan bahawa pintu Underworld sememangnya sudah mula dibuka, dan membawa beberapa kelebihan pada para pengguna Devil. Walaupun kuasa Devil milik Dante, Zenon, dan Vanica dibatas sebelum ini, dengan membuka pintu Underworld, segala pembatas tersebut kini dihapuskan di mana masing-masing dapat mencapai 100% kekuatan Devil mereka. Ini menghasilkan bentuk Devil baru untuk setiap ahli Dark Triad dan meningkatkan kekuatan mereka.
Wira-wira kami bukan sahaja perlu mengejar Devil yang melarikan diri, malah perlu menguruskan Dark Triad yang lebih menakutkan dan kuat. Adakah pahlawan Clover Kingdom dapat mengalahkan mereka? Disebabkan Asta masih belum memasuki pertarungan, sudah tentu mereka ada peluang untuk menang walaupun kuasa orang jahat terlalu hebat!
Apa pendapat anda tentang bentuk sebenar Dark Triad ? Mari kongsi pendapat dengan saya dalam ruang komen sekarang! Untuk baca segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post