Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Siapa tentera paladin Lucius? Jom kenali siapa mereka!

safwan by safwan
March 30, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan
0 0
0
Black Clover – Siapa tentera paladin Lucius? Jom kenali siapa mereka!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Black Clover telah pun memasuki arc terakhir di mana seluruh Clover Kingdom berlawan dengan Lucius Zogratis pada “Judgement Day“. Di dalam beberapa bab Black Clover yang lepas, kita telah didedahkan dengan beberapa orang yang telah meninggal dunia kembali hidup dan menjadi tentera paladin kepada Lucius.

Mungkin diantara peminat ada yang masih menyoalkan siapa Morgen? Siapa Morris? dan siapa pula itu Acier Silva? Untuk perkongsian hari ini, kami akan menjelaskan sedikit biodata mereka satu per satu. Jom kita mulakan bagaimana mereka boleh hidup kembali.

Saya ingin ingatkan anda bahawa kandungan di bawah mempunyai spoiler manga Black Clover. Jika mahu baca spoiler, sila teruskan membaca.

Bagaimana mereka hidup kembali?

Dalam bab 344, kita dapat lihat yang Morris sedang dirawat daripada cedera parah. Dia telah kehilangan tangan kanan dan juga kedua-dua belah kakinya. Kita juga didedahkan yang Lucius sedang menyedut 3 lagi kuasa daripada adik beradiknya iaitu Dante yang mempunyai Body Magic, Vanica mempunyai Blood Magic dan Zenon yang mempunyai Bone Magic.

Tambah pula dengan magic yang Lucius sendiri ada iaitu Soul Magic, memang lengkaplah kuasanya untuk membangunkan seseorang itu daripada mati. Apa yang lagi teruk adalah dapat mencipta seseorang dengan hanya menggunakan magic.

Mungkin daripada gabungan magic ini juga kita dapat lihat Paladin atau Angel atau makhluk tanpa kaki di dalam bab terbaru Black Clover.

Ini sekadar teori dan Yuki Tabata sendiri masih belum mendedahkan cerita asal bagaimana mereka dihidupkan kembali. Adakah adik beradik Dark Triad akan dihidupkan juga nanti?

Morgen Faust

Watak ini muncul dalam bab 263 atau episod 168 di dalam anime. Pada awal kemunculannya, dia merupakan seorang Magic Knight daripada Grey Deer bersama Yami Sukehiro. Dia juga ialah adik kembar kepada Vice Captain Black Bull, Nacht Faust.

Penampilannya sangat bersahaja dan perwatakannya juga cukup baik kerana dia mempunyai niat untuk membantu ramai orang selepas memasuki Grey Deer pada umur 15 tahun. Selepas 4 tahun berlalu, dia mendapat tahu yang keluarganya sedang belajar menggunakan Forbidden Magic di “secret chamber”.

Dia memasuki secret chamber secara senyap untuk menghentikan abangnya daripada memanggil Lucifugus datang ke dunianya. Malang sekali Lucifugus sempat membunuh kedua ibu bapanya dan Morgen cuba menghentikan “ritual” tersebut dengan menghancurkan “bracelet” yang dipakai oleh Nacht. Dengan menghancurkan bracelet tersebut, Lucifugus kembali ke underworld dan Morgen mati di tangan Nacht.

Morgen Faust mempunyai Light Magic di mana dia boleh menghasilkan dan memanipulasi cahaya untuk kegunaannya. Walaupun kita telah melihat Light Magic banyak kali, kita masih belum pernah melihat Light Magic kepunyaan Morgen.

Morris Libardirt

Black Clover Tentera Paladin Lucius

Pada awalnya, Morris muncul sebagai “Magic Scholar” di Diamond Kingdom di mana dia merupakan orang yang penting dalam melakukan pelbagai eksperimen untuk meningkatkan kuasa magic knight Diamond Kingdom.

Dia muncul dalam bab 79 dan episod 53 semasa Lotus melaporkan yang misi menceroboh Kiten telah gagal. Selepas sekian lama, Mars dan Ladros kembali daripada Witche’s Forest, Mars berjaya menghalau Morris keluar daripada Diamond Kingdom.

Bermula dari situ, dia telah berpindah ke Spade Kingdom dan membantu Dark Traad dengan menggunakan pengetahuan dan teknologinya. Dia telah membina kubu untuk menghasilkan Tree of Qliphoth. Dia juga telah menjadi host kepada Lucifero untuk mengambil pengetahuan Lolopechka bagi mempercepatkan proses Qliphoth Advent Ritual.

Black Clover Tentera Paladin Lucius

Dia juga memainkan peranan yang sangat besar dalam pembukaan pintu Unuderworld ke dunia di mana dia telah menggunakan Yami Sukehiro dan William Vangeance untuk diletakkan dalam “magic circle.”

Tidak lama kemudian, dia telah berlawan dengan Black Bull di mana Asta telah memukul mukanya dengan Demon-Dweller Sword sehingga dia pengsan. Namun, Lucifero telah mengambil alih badangnya dan menggunakan semua magic yang tinggal untuk mempercepatkan ritual tersebut dan membuka pintu yang kedua.

Black Clover Tentera Paladin Lucius

Lucifero telah menggabungkan badan Morris bersama devil yang lain. Malang sekali, Morris telah kehilangan tangan sebelah tangan dan kedua-dua belah kakinya dalam proses tersebut.

Magic yang digunakan oleh Morris adalah Modification Magic di mana dia boleh mengubah struktur objek fizikal dan magic. Walaupun dia telah dikawal oleh kuasa Lucifero, Morris boleh menjejaskan konsep tidak ketara, seperti pengetahuan dan impian serta membuka dan menyambung makhluk sepenuhnya.

Acier Silva

Black Clover Tentera Paladin Lucius

Acier Silva muncul sebagai ibu kepada Noelle Silva dan juga adik beradiknya yang lain. Selepas melahirkan Noelle, dia sedang berehat tiba-tiba didatangi oleh seorang perempuan yang bernama Vanica Zogratis untuk bergaduh.

Semasa mereka bergaduh, Vanica telah mengancam Nozel dan Noelle yang sedang bersembunyi di semak. Disebabkan Vanica mengancam anak-anaknya, Acier menjadi sangat kuat dan memberikan serangan terakhir kepada Vanica.

Vanica telah cedera dengan sangat teruk dan menyebabkan devil Megicula meletakkan curse kepada Acier. Curse tersebut telah melemahkan Acier dan menyebabkan dia mati setahun kemudian. Selepas kematian Acier, Megicula dapat berkongsi separuh daripada badan Vanica akibat Malevolent Femcantation.

Black Clover Tentera Paladin Lucius

Selepas 16 tahun kemudian, Noelle bersama Nozel telah mengalahkan Vanica dan menghancurkan jantung Megicula sekali gus membebaskan roh Acier daripada genggaman devil. Sebelum dia pergi buat selamanya, Acier sempat memeluk kedua-dua anaknya yang membebaskannya.

Acier Silva mempunyai Steel Magic di mana dia boleh menghasilkan dan manipulasi besi keluli. Dia adalah watak perempuan yang sangat kuat sehingga Mereoleona Vermillion menyatakan yang dia tidak pernah mengalahkan Acier walaupun magic kepunyaannya mempunyai kekurangan terhadap Fire Magic.


Black Clover Tentera Paladin Lucius

Walaupun sebelum ini kita telah ditunjukkan dengan beberapa watak lain seperti Sister Lily, Yrul dan Heath Grice, mereka kini telah tidak sedarkan diri selepas menerima serangan daripada Asta. Jadi, saya tidak memasukkan mereka dalam senarai ini.

Harapnya itu sahaja Magic Knight yang dihidupkan dan menjadi tentera paladin kepada Lucius dalam bab akan datang Black Clover. Janganlah ada lagi watak yang dihidupkan. Itu sahaja perkongsian kami pada hari ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acier SilvaBlack CloverBlack Clover Judgement DayLucius ArmyLucius ZogratisMorgen FaustMorris LibardirtTentera Lucius
Previous Post

SEGA Spring Sale Hadir ke PlayStation Store! Jom Beli Game Murah!

Next Post

Mushoku Tensei Season 2 akan tiba Julai 2023, sambung kisah Rudeus!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Mushoku Tensei Season 2 akan tiba Julai 2023, sambung kisah Rudeus!

Mushoku Tensei Season 2 akan tiba Julai 2023, sambung kisah Rudeus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd