Asta adalah seorang entiti unik dalam dunia Black Clover, sebab dia dilahirkan tanpa sebarang mana (kuasa magic untuk mudah anda semua faham). Jauh berbeza dari ahli sihir lain, dia menggunakan Anti-Magic, yang merupakan sejenis tenaga yang membatalkan mana. Walaupun tidak diberi penjelasan penuh, ia berpunca dari ibunya, Richita. Di sini, saya ingin menerangkan mengapa Asta dilahirkan tanpa kuasa magic.
Tidak seperti Asta, Richita dilahirkan dengan mana. Namun, dia memiliki kebolehan untuk menyerap mana dan tenaga hidup orang di sekeliling. Kini kita ada tiga teori yang ramai membincangkan di internet.
- Oleh kerana Richita tidak mampu mengawal kuasa ini, dia tanpa sengaja telah menyerap segala mana Asta sejak saat dia dilahirkan.
- Sama seperti ibunya, Asta memiliki mewarisi sejenis ciri-ciri istimewa di mana badannya tidak memiliki mana lantas membolehkannya menggunakan sihir lain.
- Kebetulan, Asta memang bernasib malang dan dilahirkan tanpa sebarang kuasa magic.

Kemudian, Richita meninggalkan Asta dalam bakul di depan gereja Hage, kerana bimbang akan menyedut nyawanya. Tidak lama kemudian, Richita menjumpai grimoire milik Licht, dan tidak lama selepas itu, menjumpai Liebe yang masih muda dan dalam keadaan cedera. Mungkin serba salah kerana meninggalkan anaknya sendiri, Richita mengambil Liebe sebagai anak angkat.
Malangnya, hidup mereka tidak aman. Lucifero (high-rank Devil) cuba merasuk Liebe setelah mendapat tahu dia hidup dikalangan para manusia. Richita cuba menyerap sihir Lucifero dengan memeluk Liebe tetapi Lucifero yang masih merasuki Liebe, menikam dada Richita. Nasib baiklah, Richita berjaya memaksa Lucifero keluar lalu memerangkap Liebe di dalam “five-leaf clover grimoire” (grimoire sama yang saya sebutkan di atas) sebelum meninggal dunia.

Grimoire ini kemudian akan diterima oleh Asta pada hari jadinya yang ke-15, di mana Liebe akan menjadi sumber untuk abiliti Anti-Magic. Kedua-dua individu ini mempunyai hubungan yang sangat berkait rapat dan harus bersatu untuk mengalahkan musuh yang lebih kuat pada masa akan datang. Secara kebetulan, kedua-dua Asta dan Liebe tidak memiliki mana tetapi Liebe dilahirkan dengan abiliti Anti-Magic. Ini juga merupakan sebab utama mengapa Liebe dapat melarikan diri ke dunia manusia.
Tetapi adakah ia benar secara kebetulan? Jika kita mengikut teori pertama, sekiranya Richita tidak dilahirkan dengan abiliti untuk menyerap mana, dia pasti akan hidup dengan aman dan tidak perlu menjauhkan diri dari orang lain. Jika itu berlaku, dia tidak akan menemui grimoire tersebut ataupun Liebe, lantas keseluruhan naratif akan berubah. Sekiranya Richita tidak dapat mengalahkan Lucifero meletakkan Liebe di dalam grimoire tersebut, Liebe dan Asta pasti tidak akan bertemu dan Asta sudah tentu tidak boleh menggunakan kuasa Anti-Magic. Jadi adakah ia benar hanya kebetulan oleh pihak mangaka?
Itu sahaja yang saya ingin jelaskan tentang mengapa Asta dilahirkan tanpa kuasa magic. Apa pendapat anda? Jangan segan silu untuk membetulkan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang francais Black Clover, sila tekan pautan ini.
Sumber – Black Clover Fandom 1, 2
@gamersantaimy
Discussion about this post