Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover dedahkan “The Land of the Sun & watak baru, rupanya kawan Yami!

safwan by safwan
September 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover dedahkan “The Land of the Sun & watak baru, rupanya kawan Yami!

Source: Twitter @minaxaArt

Share on FacebookShare on Twitter

Pada bab manga Black Clover yang lepas, ia telah ditamatkan dengan adegan yang sebenarnya memberikan sinar kepada protagonis utama iaitu Asta di mana dia dijumpai oleh seorang lelaki di tepi pantai The Land of the Sun. Dan dalam bab terbaru ini, kita didedahkan dengan lebih banyak info mengenai perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat apa yang Tabata tawarkan dalam bab terbaru manga Black Clover.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 337 “Whereabouts”

Sumber: Shueisha

Daripada terbaring di tepi pantai dan kemudian terdapat seorang yang menyelamatkannya dan kini Asta sudah tersedar daripada pengsan yang entah berapa lama dia tidak menyedarkan dirinya. Soalan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah “Di manakah?”

Tidak lama kemudian, terdapat satu patung yang berjalan dengan sendiri dan Asta sangkakan yang itu adalah Charmy Senpai tetapi ia adalah sebaliknya dan ia merupakan patung “Tea-serving Ocha-Ami”. Patung tersebut memberikan satu cawan teh yang dikeluarkan daripada mulutnya. Lalu, seseorang menyampuk daripada belakang Asta dan memperkenalkan patung tersebut kepadanya.

Sumber: Shueisha

Perbualan diteruskan dengan lelaki tersebut menanyakan “bagaimana anda rasa” kepada Asta. Dan Asta apa lagi, terus menanyakan banyak soalan kepada lelaki tersebut dan dijawab satu per satu olehnya. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah terdiri daripada “siapa awak?”, “Macam mana awak tahu nama saya?” dan “Adakah awak merawat luka saya?”

Lelaki tersebut menjawab dengan sangat sempoi mengenai luka Asta dengan mengatakan “Bukan, kawan saya yang lakukan. Saya tidak mempunyai kuasa yang mengagumkan.” Lalu, Asta teringat tentang Liebe dan sekali gus menanyakan tentangnya. Jawapan yang diberikan adalah “Kawan saya sedang perbaikinya.”

Sumber: Shueisha

Dengan jawapan yang diberikan seperti itu, sudah pasti Asta ingin tahu lebih mengenainya dan menanyakan siapa awak dan adakah awak kawan kepada Charmy Senpai? Lelaki tersebut menjawabnya dengan mudah dan memberitahu Asta yang dia mengenali dan kawan kepada Yami semasa budak kecil. Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan yang dia melihat Yami buat kali terakhir semasa Yami berumur 13 tahun.

Sumber: Shueisha

Selepas berbual panjang, Asta baru teringat yang dia perlu kembali ke Clover Kingdom dengan segera tetapi lelaki tadi mengawal situasi tersebut dengan tenang dan mengatakan yang Asta masih tidak pulih dengan penuh dan masih memerlukan rehat dan latihan yang banyak.

Sumber: Shueisha

Hal ini kerana lelaki tersebut telah melihat apa yang jadi pada Asta semasa di Clover Kingdom sebelum dicampak ke negara tersebut. Lelaki tersebut memberitahu yang dia dapat mengetahui tersebut melalui matanya dan apa yang saya agak adalah dia dapat melihat segala-galanya.

Sumber: Shueisha

Dengan matanya, dia juga mengatakan yang apabila Asta balik ke Clover Kingdom sekarang, dia masih tidak boleh menang dan tidak boleh kembali ke sana dengan sendirinya kerana dia sedang berada di negara yang sangat jauh daripada Clover Kingdom.

Bab ini berakhir dengan pengenalan lelaki tersebut dan di mana Asta berada sekarang. Namanya ialah Ryuya Ryudo dan merupakan seorang ketua kepada negara yang dikenali sebagai “The Land of the Sun atau Hino Country. Ya, negara kelahiran Yami Sukehiro. Sebelum tamatnya bab kali ini, Ryuya menyuruh Asta untuk berlatih dan menjadi lebih kuat sebelum pulang ke Clover Kingdom.


Sumber: Shueisha

Selepas membaca bab terbaru manga Black Clover, banyak peminat yang mengeluarkan teori dan besar kemungkinan Asta akan mempelajari tentang pedang Katana dan Ki dengan lebih mendalam di The Land of the Sun. Apa pendapat korang tentang bab terbaru manga Black Clover kali ini? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverBlack Clover 337
Previous Post

JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R Review – Game JoJo yang Dinantikan Selama ini!

Next Post

Review D&D: Journeys Through the Radiant Citadel – Permulaan bagus ke dunia kosmik

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review D&D: Journeys Through the Radiant Citadel – Permulaan bagus ke dunia kosmik

Review D&D: Journeys Through the Radiant Citadel - Permulaan bagus ke dunia kosmik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd