Dalam bab terbaru Black Clover, sekumpulan Witch bersama Finral dan Vanessa akhirnya telah menyelesaikan Gargantuan Compound Spell, The Door of Fate dan Asta kini telah tiba di Witch Forest dan akan mengalahkan Paladin Damnatio.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kandungan di bawah akan mengandungi spoiler manga Black Clover bab 365.

Pada bab kali ini, ia memfokuskan kepada Secre Swallowtail aka Nero kepada misi baharunya. Seperti yang kita tahu, Nero telah pun hidup lebih daripada 500 tahun dan satu-satunya misi yang dia ada telah pun selesai selepas pemergian Wizard King Lumiere Silvamillion Clover semasa Elf Reincarnation Arc.

Nero mendengar kata-kata Lumiere di mana dia menyuruhnya untuk teruskan hidup dan mencari kebahagiaan bersama pasukan baharu dari era ini. Dan kini Nero mempunyai Black Bull sebagai rakan-rakannya dan terutama sekali Asta menjadi punca mengapa Nero ingin terus hidup.
“Ini semua salah awak. Awak sebab saya terus hidup. Mengapa saya mempunyai teman. Kenapa saya dapat mendapatkan semula hati saya.. Jadi kembalilah. ASTAAA, Jika awak berada di sini, kami tidak boleh bermula.”

Dalam bab ini, kita boleh lihat yang Black Bull kelihatan sangat teruk dibelasah dan langsung tidak boleh melawan Paladin Damnatio. Tambah pula dengan kuasa magik The Supreme Devil Baal yang diberikan oleh Lucifero iaitu Atmosphere Magic, memang agak susah untuk kita lihat Black Bull akan menang perlawanan ini.

Nasib baik hero yang kita nanti-nantikan, Asta telah pun tiba di Witch Forest. Asta pegang kepala Nero dan terlihat kelibat Wizard King Pertama di dalam badan Asta. Bab terbaru Black Clover ini tamat dengan Asta berkata“Korang… Terima kasih!!”.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post